Wednesday, November 27, 2013

WAKTU PENGAMBILAN VITAMIN YANG SESUAI


Waktu Pengambilan Vitamin Yang Sesuai

Selalu tak kita tertanya-tanya bila waktu yang sesuai nak makan vitamin. Siang ke? malam ke?. Pada saya bergantung pada sifat vitamin itu sendiri. Kat bawah ni saya ambil dari blog Mommy Lyna.


Bilakah waktu pengambilan vitamin yang sesuai? Biasanya soalan ini bermain di kepala setiap pengamal pemakanan tambahan, terutama bagi yang baru mengamalkannya. Biasanya saya mencadangkan agar pengambilan vitamin pada sebelah malam (Selepas makan malam) bagi memudahkan. Maklum, tidak semua orang sentiasa ingat untuk menelan vitamin pada masa2 yang berbeza. Rule of thumb ialah, badan lebih mudah menyerap nutrient pada waktu malam (waktu tidur).


Walau bagaimanapun, terdapat general rule dalam pengambilan vitamin, sebagai panduan buat semua:


  • VITAMIN LARUT AIR (B dan C) : Seeloknya diambil bersama segelas air dan elakkan pengambilan bersama makanan berlemak/berminyak.
  • VITAMIN LARUT LEMAK (A,D,E,K) : Vitamin larut lemak memerlukan lemak untuk memudahkan penyerapan. Sebaiknya diambil selepas anda mengambil makanan berlemak/berminyak.
  • Ostematrix (Kalsium) : Seeloknya diambil bersama minuman bersusu, atau diambil sebelum tidur. Sebagaimana susu dikatakan sebagai minuman untuk membantu kita tidur, kalsium dikatakan ada fungsi yang sama.
  • Lecithin : Diambil bersama2 vitamin larut lemak lain.


APA YANG TIDAK DIGALAKKAN


  • Mengambil alfalfa bersama-sama vitamin E kerana ia boleh mengganggu penyerapan alfalfa.
  • Mengambil supplement zat besi (Iron) bersama-sama Ostematrix kerana zat besi boleh mengganggu penyerapan kalsium. Walau bagaimanapun kini zat besi sudah dilengkapi bersama2 VitaLea. Oleh itu jika boleh, ambil kedua2nya pada masa berlainan untuk mengelakkan gangguan penyerapan di antara kedua-duanya.
  • Pengambilan vitamin disarankan pada waktu selepas makan bagi membantu penyerapan. Ambillah vitamin & mineral dalam kadar yang telah dicadangkan, kerana pengambilan vitamin/mineral yang berlebihan, terutama vitamin larut lemak boleh membahayakan kesihatan kerana ia disimpan di dalam badan dan boleh menjadi toksik.
  • Sekiranya anda merasakan praktik anda mengambil vitamin sekarang tidak mendatangkan kesan yang memuaskan, anda boleh cuba mengambilnya mengikut cadangan di atas. Walau bagaimanapun, ia bukanlah muktamad dan masih bergantung kepada tubuh badan

Kredit To Mommy Lyna



Untuk maklumat lanjut mengenai produk Shaklee, keahlian Shaklee atau menjana pendapatan dari rumah, sila hubungi saya Irdina
[ Ein ] Shaklee Muar
Tel : 012-994-4503 FB : Norazlina Mohd Idris
ID SHAKLEE : 804347          (SESIAPA SAHAJA BOLEH MENGGUNAKAN NUMBER ID SHAKLEE SAYA SEKIRANYA ADA DI ANTARA ANDA INGIN MEMBELI SENDIRI DI BRANCH SHAKLEE YANG BERHAMPIRAN DENGAN TEMPAT TINGGAL ANDA)




No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas ulasan dan coretan anda.