Thursday, November 28, 2013

Petua Cepat Hamil

Petua Cepat Hamil; Berbaring Seketika Setelah Hubungan Kelamin Tingkatkan Peluang Untuk Hamil


Sebelum ini, sering menjadi perdebatan dalam kalangan pakar-pakar kesuburan tentang wanita yang berbaring seketika dan mengelakkan sebarang pergerakan dan aktiviti setelah hubungan kelamin dapat meningkatkan peluang kehamilan. Ada juga yang memandang remeh tentang perbuatan ini kerana menganggapnya tidak begitu memberi kesan yang besar terhadap kehamilan.

SHAKLEE MUAR ( 012-994-4503 )

Pada tahun 2009, sekumpulan pengkaji di Belanda mendapati bahawa berbaring seketika setelah prosesPermanian Dalam Rahim(IntraUterine Insemination/IUI) dapat meningkatkan peluang untuk hamil sebanyak 50%. Kajian ini diterbitkan dalam ‘British Medical Journal(BMJ) dan dilaporkan dalamBionews.org.uk

IUI secara ringkasnya adalah suatu bentuk rawatan kesuburan dimana sperma suami dimasukkan terus ke dalam rahim wanita melalui serviks dengan menggunakan tiub kecil untuk mensenyawakan ovum bagi meningkatkan peluang kehamilan supaya cepat hamil. (Untuk gambaran yang lebih jelas tentang apa itu IUI, boleh tengok Video di akhir artikel ini.)

Kajian ini melibatkan 391 pasangan berumur 18-43 tahun. Ia mendapati bahawa 27% wanita yang berbaring selama 15 minit setelah IUI berjaya hamil berbanding dengan 17% wanita yang terus bangun dan melakukan aktiviti lain setelah menjalani IUI.

Ketua Penyelidik, Dr Inge Custers dari Academic Medical Center, Amsterdam berkata sebarang pergerakan dan aktiviti sejurus selepas IUI akan mengganggu proses pergerakan sperma ke arah ovum. Oleh itu, beliau mencadangkan supaya proses ‘Immobilasation’ dijadikan sebagai satu prosedur yang standard bagi rawatan IUI.

Kajian ini dilakukan khusus bagi mereka yang sedang menjalani IUI. Namun kita boleh buat satu kesimpulan yang mudah iaitu, ia juga berkemungkinan besar memberikan kesan yang sama jika seseorang wanita berbaring seketika setelah hubungan kelamin. Memandangkan ia tidak melibatkan sebarang kos, apa salahnya tunggu sekitar 15-20 minit sebelum buat apa-apa aktiviti lain.

Video Animasi Proses IUI

http://www.youtube.com/watch?v=qCdIiLLF0vw






Untuk maklumat lanjut mengenai produk Shaklee, keahlian Shaklee atau menjana pendapatan dari rumah, sila hubungi saya
Facebook : Norazlina Mohd Idris (DUNIA VITAMIN IRDINA)
Gmail : Irdinashaklee@gmail.com
Blogger : DUNIAVITAMINIRDINA.BLOGSPOT.COM
Call / sms / whatsapp : 012-994-4503 ID SHAKLEE : 804347 (sesiapa sahaja boleh menggunakan Number ID SHAKLEE saya sekiranya anda ingin membeli sendiri di BRANCH SHAKLEE yang berhampiran dengan tempat tinggal anda di luar sana..)

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas ulasan dan coretan anda.