KESAN VITAMIN KEPADA BUAH PINGGANG
" Awak makan vitamin banyak-banyak ni tak takut buah pinggang rosak ke?"
Untuk menjawab soalan ini, jom kita kaji apa sebenarnya buah pinggang dan bagaimana ia bekerja.
Buah pinggang terbentuk seperti kacang merah dibelah dua dan berada di bahagian bawah pusat ke arah belakang badan. Jika ia baik, maka baiklah seluruh badan dan jika ia rosak maka rosaklah seluruh badan.
Buah pinggang melakukan proses utama untuk mengekalkan keseimbangan kimia dalam cecair tubuh kita (proses keseimbangan ini dipanggil homeostasis). Ia juga membersihkan sel kimia yang tidak diperlukan oleh tubuh. Proses ini memastikan tubuh kita hanya mengandungi campuran garam galian dan air yang cukup serta mengekalkan tahap asid-alkali di dalam cecair tubuh.
Sebagai penapis, buah pinggang berfungsi menyerap bahan yang diperlukan oleh tubuh, dan menyingkirkan bahan yang tidak berguna.
Bagaimana buah pinggang bekerja? (masa bukak buku :P)
Arteri renal: membawa darah dari jantung ke buah pinggang
Tiub ureter: mengalirkan darah daripada setiap buah pinggang ke pundi-pundi (glomeruli)
Glomeruli: menapis cecair yang mengandungi glukos, asid amino, garam, dan bahan kotoran daripada darah
Buah pinggang berupaya melakukan proses ini kerana darah daripada arteri renal memasuki buah pinggang dengan tekanan yang kuat. Tekanan ini memaksa cecair tadi ke medulla melalui beberapa tiub kecil. Tiub ini dikelilingi saluran darah yang meresapkan zat dan air yang diperlukan tubuh.
Darah yang ditapis tadi kemudian keluar daripada buah pinggang melalui saluran renal dan membuat pusingan semula. Cecair yang ditapis ini mengandungi bahan kotoran yang terkumpul di dalam pundi-pundi kencing.
Air kencing keluar daripada tubuh melalui satu lagi saluran yang dinamakan urethra. Kesemua sistem daripada buah pinggang ke urethra dipanggil sistem buah pinggang.
Selain membersihkan darah, buah pinggang mengawal kandungan air dan garam yang terdapat di dalamnya. Contohnya jika kita minum banyak air dengan cepat, air terus memasuki saluran darah dan mempunyai kesan mencairkan darah. Apabila darah yang cair ini memasuki buah pinggang, air yang berlebihan akan dikeluarkan secara automatik sebagai air kencing.
Sama juga jika kita banyak berpeluh, tubuh kekurangan air dan air kencing akan berwarna pekat sehinggalah buah pinggang mengumpul air yang cukup.
Bagaimana kerosakan buah pinggang berlaku?
Seperti organ utama yang lain (jantung, peparu, hati, otak) ia boleh rosak dan gagal berfungsi dengan baik akibat daripada penyakit kronik. Selalunya buah pinggang gagal menapis bahan bahan yang tidak diperlukan.
Buah pinggang boleh rosak kerana beberapa penyakit seperti:
- keturunan
- jangkitan bakteria dan kuman
- kerosakan disebabkan penyakit darah tinggi
- kerosakan disebabkan penyakit diebetes mellitus
- penyakit lain yang berjangkit ke buah pinggang (seperti kanser)
- mengambil terlalu banyak bahan bertoksik seperti asam berlebihan dari makanan jeruk, bahan2 racun serangga dalam sayuran dan buah-buahan, terlalu banyak makan makanan segera, dll.
- rosak kerana terlalu banyak mengambil ubat kencing manis, ubat darah tinggi, antibiotik, steroid, dadah dan lain2 sebab yang tidak diketahui.
Penyakit buah pinggang sukar difahami. Ia mampu menyerang dewasa atau
kanak-kanak dan sama ada orang itu sihat atau sakit dan bagaimana corak
hidup seseorang itu sekarang.
Berbalik kepada topik kita, berbahayakah buah pinggang jika kita terlalu mengambil banyak vitamin?
Saya sendiri sedang mengamalkan vitamin B,C, E, mengambil protein tambahan serta kolagen.
Sebenarnya, jika kita mengambil apa sahaja makanan secara berlebihan
apatah lagi makanan yang tidak baik untuk kesihatan, mengandungi terlalu
banyak bahan kimia berbahaya, perasa tiruan, pewarna tiruan, dan entah
apa lagi bahan kimia yang 'disembunyikan' oleh pengeluar/pengilang,
bukan saja buah pinggang yang rosak malah jantung, otak, hati pun turut
rosak sebab tak dapat nak tapis bahan-bahan mengarut yang kita makan
tadi.
Begitu juga halnya dengan vitamin dan mineral yang mana pengambilan
secara berlebihan akan menyebabkan ketidakselesaan dan dalam keadaan
tertentu merosakkan badan kita. Sebab itu kita WAJIB ikut dos yang
disarankan. Bukannya semakin banyak vitamin kita makan, semakin baik
untuk kita. INI SALAH!
Perlu diingat bahawa vitamin dan mineral tidak boleh menggantikan makanan. Ia hanyalah makan tambahan yang tidak sepatutnya diambil sebagai satu-satunya sumber zat makanan yang diperlukan oleh badan kita.
Dan, sebab itu juga kita WAJIB mengelakkan makan vitamin sintetik kerana ia datang dari bahan kimia yang telah 'disatukan'. Beralihlah kepada vitamin semulajadi yang lebih mudah diserap oleh tubuh kita.. ;)
* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Untuk maklumat lanjut mengenai produk Shaklee, Tempahan serta pembelian produk shaklee, daftar keahlian Shaklee atau menjana pendapatan dari rumah, sila hubungi saya
Facebook : Norazlina Mohd Idris (DUNIA VITAMIN IRDINA)
Shaklee ID : 804347
Gmail : Irdinashaklee@gmail.com
Blogger : DUNIAVITAMINIRDINA.BLOGSPOT.COM
Call / sms / whatsapp : 012-994-4503 @ 013-600-0106
No comments:
Post a Comment
Terima kasih atas ulasan dan coretan anda.