Monday, March 10, 2014

Shaklee Muar : Lawak kasi pecah perut

Pepatah Lawak

  1. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kereta pun boleh undur, terlajak kapal terbang takde gear reverse, sori.
  2. Bersatu kita teguh, bercerai kita kahwin lain.
  3. Sudahlah jatuh ditimpa pula tangga lepas tu tercium pulak tahi ayam.
  4. Alang-alang mandi biar guna sabun dan syampu.
  5. Harimau mati meninggalkan belang, isteri mati meninggalkan gelang, suami mati meninggalkan hutang. (Itulah...lain kali jangan suruh suami beli gelang secara hutang)
  6. Sebab mulut santan binasa sebab mulut juga... nasi pun habis.
  7. Biar putih tulang jangan kuning gigi (gosok, jangan tak gosok tau)
  8. Kalau tiada angin masakan pokok bergoyang kecuali kalau ada beruk atas pokok tu.
  9. Malang tak berbau tapi kentut boleh berbau walaupun tak berbunyi.
  10. Biar mati bini jangan mati anak (boleh kahwin lagi ape)
  11. Alang-alang menyeluk perkasam biar sampai kepangkal ketiak.
  12. Biar korek hidung jangan korek tabung.
  13. Berakit-rakit kehulu, berenang-renang ketepian lama-lama jadi letih.
  14. Sayangkan anak tangan-tangankan sayangkan isteri setia pada yang satu.
  15. Kalau padi katakan padi, tidak aku ternanti-nanti, kalau sudi katakan sudi, kalau tak sudi.....boleh blah.......
  16. Harapkan pagar, pagar pun tak boleh harap.
  17. Tempat jatuh lagikan dikenang inikan pula tempat kena saman.
  18. Hujan emas dinegeri orang, hujan batu dinegeri sendiri, kalau macam tu lebih baik tak payah hujan.
  19. Biar lambat asalkan perlahan.
  20. Kalau tiada rotan, pelempang ajelah....
  21. Habis madu, sepah jangan dibuang merata-rata.
  22. Carik-carik bulu ayam lama-lama jadi bulu tangkis badminton, pasti ayam kebogelan.
  23. Air dicincang takkan putus tapi kalau daging dicincang tandanya ada kenduri
  24. Kerbau berpegang pada tali, manusia berpegang gunakan tangan....
  25. Pinggan tak retak nasi tak dingin, kalau orang tak hendak tandanya kita lawa.
  26. Takkan lari gunung dikejar, tapi kalau tak kejar pun gunung tu takkan lari jugak.
  27. Patah tumbuh, hilang report polis.
  28. Berapa berat mata memandang, berat lagi ahli sukan yang masuk acara angkat berat.
  29. Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya tak masuk Sukan Olimpik jugak.
  30. Kalau ada jarum yang patah jangan disimpan di dalam peti, buang aje beli jarum yang baru.
  31. Kalau ada sumur diladang, boleh hamba menumpang mandi, kalau ada umur yang panjang, bolehlah kita kahwin lari.......(nak tak?)
  32. Kajang Pak Malau Kajang berlipat, Kajang hamba makan satay Kajang lagi best......
  33. Kalau kail panjang sejengkal, belilah kail yang panjang sikit.
  34. Kalau takut dilambung ombak janganlah berumah ditepi pantai, buat rumah jauh-jauh sikit dari pantai la ..
  35. Pecah kaca pecah gelas, kalau dah pecah tu tak reti-reti nak ganti ke...
NOTE : INI SEMUA POYO,.. SAJE BERLAWAK DI SIANG HARI... WALAU APA2PUN SELAMAT PAGI SEMUA....

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. Untuk maklumat lanjut mengenai produk Shaklee, keahlian Shaklee atau menjana pendapatan dari rumah, sila hubungi saya
Facebook : Norazlina Mohd Idris (DUNIA VITAMIN IRDINA)
Shaklee ID : 804347
Gmail : Irdinashaklee@gmail.com
Blogger : DUNIAVITAMINIRDINA.BLOGSPOT.COM
Call / sms / whatsapp : 012-994-4503 @ 013-600-0106

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas ulasan dan coretan anda.