Tuesday, February 19, 2013

Jom Kita Tingkatkan Metabolisme Tubuh?






Apa itu metabolisme ?
Ia adalah jumlah kalori yang dibakar oleh badan untuk mengekalkan fungsi dan nyawa. Segala aktiviti (termasuk proses pernafasan dan sistem badan) memerlukan tenaga (sumber kalori).


Seperti yang kita tahu, peningkatan usia menyebabkan semakin rendah tahap metabolisme tubuh. Bagaimanapun ada beberapa cara yang boleh kita cuba untuk meningkatkan kembali paras metabolisme, antaranya:-


1) Pemakanan - Pastikan kita mendapat sekurang-kurangnya 1,000 kalori setiap hari. Seperti badan proses metabolime memerlukan tenaga daripada makanan. Jika kita mengaamalkan diet kurang daripada 1,000 kalori sehari, secara automatik badan akan memperlahankan kadar metabolisme untuk menjimatkan tenaga.


2) Sarapan - Pastikan diri kita mengambil sarapan kerana kajian menunjukkan individu yang mengambil sarapan secara tetap dalam masa dua jam selepas bangun tidur mempunyai keupayaan lebih baik untuk mengawal berat badan.


3) Minum air masak - Sekurang-kurangnya 8 gelas sehari, kerana ia membantu meningkatkan kadar metabolisme, proses pencernaan dan perkumuhan bahan toksin daripada badan. Kajian menunjukan minum sekitar 500ml air dapat meningkatkan metabolisme sampai 30 peratus selama 40minit.


4) Makan Dalam Kuantiti Kecil Tetapi Kerap - iaitu setiap empat hingga lima jam. Apabila ada kemasukan makanan, kadar metabolisme akan meningkat kerana badan perlu bekerja untuk mencerna makanan. Secara tidak langsung ia akan menyebabkan kadar metabolisme meningkat bagi menukarkan makanan kepada tenaga.


5) Protein - Mengambil protein disetiap kali makan dikatakan mampu meningkatkan kadar metabolisme lebih baik berbanding karbohidrat dan lemak. Bahkan pengambilan protein pada kadar sederhana mampu mengekalkan dan membina jisim otot. Contohnya Energizing Soy Protein (ESP) dari Shaklee merupakan hidangan lengkap yang mampu membekalkan sumber protein, Kalsium, Thiamin dan riboflavin untuk tubuh badan yang dihasilkan daripada kacang soya.


6) Teh hijau - Kajian menunjukkan bahawa dengan lima cawan sehari dapat meningkatkan sebanyak 5 peratus kadar metabolisme


*Sumber: Majalah Rapi 15 Januari 2007




Untuk maklumat lanjut mengenai produk Shaklee, keahlian Shaklee atau menjana pendapatan dari rumah, sila hubungi saya Irdina 
[ Ein ] Tel : 012-994-4503 ( Sms / whatsapp)
FB : Norazlina Mohd Idris
E-mail : Irdinashaklee [@] gmail.com

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas ulasan dan coretan anda.