Saturday, May 13, 2023

Hari Raya Open House : Pastikan anda punya stok ini.

Alhamdulillah tahun ini kita berhari raya dengan persediaan yang lebih baik berbanding tahun lepas, 
Hari Raya 2022 dengan pengumuman yang mengejutkan.

Rezeki tahun ini juga saya dapat beraya dengan kakak saya Master Norita di Terengganu. Tahun ini juga kami mendapat beberapa jemputan Hari Raya Open House dari jiran dan kakak saya sendiri.

Makanan yang biasa dihidangkan selain kuih raya, pastinya makanan yang berbeza dari hari biasa.
Satay, Nasi tomato , Cendol adalah antara hidangan Open House yang takkan saya lupakan...hehehe. 

Hari Raya Open house



Namun begitu saya pastikan saya mempunyai stok Lecithin yang mencukupi untuk dua sebab utama :
Tak mahu berat naik mendadak
Masalah Sembelit.

Maklumlah bila kita dah makan banyak, pastinya tanpa kita sedari berat kita juga boleh naik mendadak. 
Jika bulan puasa, mungkin berat kita boleh turun 5 kg tetapi selepas habis Ramadhan, ha  berat naik 3kg dalam masa seminggu aje.

Mana taknya. selain makanan Hari Raya yang menyelerakan, minuman manis juga menarik perhatian ditambah cuaca sangat panas sekarang. 
Ada yang hidangkan air kordial. Tidak kurang juga air karbonat [ orang kampung panggil air gas]

Maka dua vitamin ni tak boleh tinggal.

Herb Lax dan Lecitihin.

Hari Raya Open house
Herb lax dan Lecithin

 Mungkin anda baru dengar dengan 2 produk ini ... Herb Lax dan Lecithin. Namun tahu kah anda apa fungsi 2 vitamin ini? 
Ini adalah 2 vitamin basic yang boleh diambil untuk pastikan kita kekal sihat.

Saya share dulu tentang Lecithin. Lecithin adalah produk yang bertindak mengemulsi lemak atau memecahkan lemak. Ia berupaya membakar lemak dengan lebih cepat jika disertai dengan senaman yang sesuai. Pengambilan Lecithin mengikut kuantiti yang disyorkan membantu mempercepatkan pembakaran untuk mendapat kesan penurunan berat badan yang seimbang.

Biasanya musim perayaan ni la kita akan jumpa hidangan yang sedap dan jarang didapati luar musim perayaan.
Bila dah jarang jumpa pastinya kita akan makan banyak. Tanpa kita sedar, berat kita boleh naik mendadak.
Maka pengambilan Lecithin sedikit sebanyak bantu kita makan dengan terkawal.

Ada orang sebelum masuk aje makanan, akan mengambil beberapa biji lecithin yang disyorkan untuk memastikan perut tak terkejut dengan makanan yang banyak.

Macam saya, pengambilan Lecithin buat saya rasa kenyang. Paling best sebenarnya adalah memberi rasa lawas semasa proses pembuangan.

Ada saya share artikel Lecithin dan Herb lax sebelum ni : jemput baca sini.

Paling best juga produk yang kami kenali sebagai Julap Shaklee. Nama produk adalah Herb Lax. Apa kandungan herb Lax ini sebenarnya ?
Herb-Lax Shaklee terdiri daripada 9 herba semulajadi iaitu alfalfa leaves, senna leaves, anise seeds, blue malva flower, buckhorn bark, licorice root, rhubarb root, fennel seed dan culver's root


Herb Lax berfungsi untuk pembersihan najis yang tersekat. Merangsang usus untuk percepatkan proses pembersihan secara lembut kepada najis yang tersekat atau tersimpan lama dalam tubuh kita. Membantu masalah sembelit. Tindakan pembersihannya yang lembut boleh mengembalikan semula proses semulajadi.

Bila dah mula makan Herb Lax, kita akan dapat rasa badan ringan aje selepas membuang.

Maklumlah kan Hari Raya Open House boleh berlangsung sepanjang Ramadhan. 

Namun pandai-pandailah kita untuk memastikan apa yang kita makan sepanjang Open House itu tidak memberi mudarat pada kita.

Jika anda berminat nak dapatkan 2 produk ini dengan harga ahli, jom



Jika anda nak tanya pasal produk atau masalah kesihatan, boleh wasap saya di 013-9993499 



Jika nak tahu promo atau update lain saya juga kongsikan di FACEBOOK saya Ein Shaklee Bukit Payong.







* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas ulasan dan coretan anda.