Saturday, August 26, 2023

Keperluan Wanita Mengandung

Siapa tak gembira bila dapat tahu dirinya mengandung anak kepada suami yang dicintai. Pasti kita akan mengira hari menunggu kelahiran kandungan ini. 

Keperluan wanita mengandung



Namun setiap ibu yang mengandung perlu tahu apakah keperluan ibu mengandung supaya kandungan dapat membesar dengan sihat dan selamat serta ibu juga dapat meneruskan aktiviti harian mereka.

Ibu dah perlu menyediakan checklist apa yang perlu dibuat dan disediakan sehingga waktu nak melahirkan.

Dalam penulisan kali ini saya nak share kan tentang beberapa keperluan wanita mengandung .

Sepanjang tempoh kehamilan si ibu perlu pastikan 

1. Pengambilan vitamin prenatal 

Selain pengambilan makanan yang lengkap gizi dan nutrisi, ibu perlukan makan makanan yang seimbang. Tidak terlalu manis atau masin, tidak terlalu berminyak dan serba serbi seimbang.
Pengambilan vitamin juga penting di saat ini. Ini adalah untuk memastikan bayi membesar dengan sihat dan cukup khasiat yang seimbang. Paling penting ibu perlukan vitamin B, multivitamin dan beberapa vitamin yang perlu untuk perkembangan bayi.


2.  Pakaian yang sesuai untuk ibu mengandung dan seluar yang boleh diregangkan oleh pinggang.
Memandangkan kandungan akan terus membesar maka ibu perlukan pakaian mengandung ynag selesa dengan keadaan tersebut.

3. Krim badan untuk melegakan kulit meregang dan kekeringan yang biasanya disebabkan hormon kehamilan.

Tanda regangan atau stretch mark adalah masalah yang biasa terjadi dalam kalangan wanita. Garis memanjang biasanya berwarna perang seakan-akan ‘berkedut’ dan ada kalanya kelihatan seperti satu garisan merekah membuatkan seseorang itu rasa kurang senang setiap kali melihatnya.

Tanda regangan ini biasanya berlaku disebabkan kehamilan atau faktor perubahan saiz badan. Bagi wanita hamil tanda ini dianggap situasi normal pada kulit iaitu perubahan fizikal mahupun fisiologi tubuh termasuk hormon dalam badan.




    4. Rehat yang mencukupi sangat perlu dan si ibu tidak digalakkan melakukan aktiviti lasak dikhuatiri melahirkan kandungan pra matang dan memberi risiko pada bayi.


    5. Barang Persediaan ke Hospital. Agar tidak berlaku kelam kabut dan banyak yang mungkin akan terlupa atau tertinggal, maka disarankan si ibu membuat persediaan barang-barang untuk ke hospital. Biasanya pakaian bayi yang lengkap dengan sarung tangan dan kaki, barut dan bedung serta lampin perlulah disiapkan untuk persalinan pakaian bayi selepas dilahirkan.


    Keperluan wanita mengandung




    * These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

    No comments:

    Post a Comment

    Terima kasih atas ulasan dan coretan anda.