Showing posts with label Diariku. Show all posts
Showing posts with label Diariku. Show all posts

Saturday, August 26, 2023

Keperluan Wanita Mengandung

Siapa tak gembira bila dapat tahu dirinya mengandung anak kepada suami yang dicintai. Pasti kita akan mengira hari menunggu kelahiran kandungan ini. 

Keperluan wanita mengandung



Namun setiap ibu yang mengandung perlu tahu apakah keperluan ibu mengandung supaya kandungan dapat membesar dengan sihat dan selamat serta ibu juga dapat meneruskan aktiviti harian mereka.

Ibu dah perlu menyediakan checklist apa yang perlu dibuat dan disediakan sehingga waktu nak melahirkan.

Dalam penulisan kali ini saya nak share kan tentang beberapa keperluan wanita mengandung .

Sepanjang tempoh kehamilan si ibu perlu pastikan 

1. Pengambilan vitamin prenatal 

Selain pengambilan makanan yang lengkap gizi dan nutrisi, ibu perlukan makan makanan yang seimbang. Tidak terlalu manis atau masin, tidak terlalu berminyak dan serba serbi seimbang.
Pengambilan vitamin juga penting di saat ini. Ini adalah untuk memastikan bayi membesar dengan sihat dan cukup khasiat yang seimbang. Paling penting ibu perlukan vitamin B, multivitamin dan beberapa vitamin yang perlu untuk perkembangan bayi.


2.  Pakaian yang sesuai untuk ibu mengandung dan seluar yang boleh diregangkan oleh pinggang.
Memandangkan kandungan akan terus membesar maka ibu perlukan pakaian mengandung ynag selesa dengan keadaan tersebut.

3. Krim badan untuk melegakan kulit meregang dan kekeringan yang biasanya disebabkan hormon kehamilan.

Tanda regangan atau stretch mark adalah masalah yang biasa terjadi dalam kalangan wanita. Garis memanjang biasanya berwarna perang seakan-akan ‘berkedut’ dan ada kalanya kelihatan seperti satu garisan merekah membuatkan seseorang itu rasa kurang senang setiap kali melihatnya.

Tanda regangan ini biasanya berlaku disebabkan kehamilan atau faktor perubahan saiz badan. Bagi wanita hamil tanda ini dianggap situasi normal pada kulit iaitu perubahan fizikal mahupun fisiologi tubuh termasuk hormon dalam badan.




    4. Rehat yang mencukupi sangat perlu dan si ibu tidak digalakkan melakukan aktiviti lasak dikhuatiri melahirkan kandungan pra matang dan memberi risiko pada bayi.


    5. Barang Persediaan ke Hospital. Agar tidak berlaku kelam kabut dan banyak yang mungkin akan terlupa atau tertinggal, maka disarankan si ibu membuat persediaan barang-barang untuk ke hospital. Biasanya pakaian bayi yang lengkap dengan sarung tangan dan kaki, barut dan bedung serta lampin perlulah disiapkan untuk persalinan pakaian bayi selepas dilahirkan.


    Keperluan wanita mengandung




    * These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

    Doa untuk Wanita

    Setiap hari kita disarankan punya masa untuk solat, mengaji dan riadah selain dipenuhi dengan masa memikul tanggungjawab lain seperti surirumah atau memegang jawatan dalam kerjaya.


    Doa untuk wanita




    Antara 3 doa pendek yang bagus kita amalkan adalah :






    • DOA KHAWATIR HATIMU BERPALING DARI HIDAYAH.

    رَبَّنَا لَا تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنْتَ الْوَهَّاب

    RABBANA LAA TUZIGH QULUU BANAA BA’DA IDZ HADAITANAA WAHAB LANA MILLADUNKA RAHMATAN, INNAKA ANTAAL WAHHAB.

    Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pesongkan hati kami kepada kesesatan setelah Engkau berikan petunjuk kepada kami, dan karuniakanlah kepada kami rahmat dari sisiMu, sesungguhnya Engkau Maha Pemberi. (QS. 3),





    • DOA APABILA TERIMA KESUSAHAN.

    حَسْبِيَ اللَّهُ لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ عَلَيْهِ تَوَكَّلْتُ وَهُوَ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ

    HASBI YALLAH LAA ILAAHA ILLAA HUWA ‘ALAIHI TAWAK KALTU WA HUWA RABBUL ‘ARSYIL ‘ADHIIM.

    Cukuplah Allah bagiku; tidak ada Tuhan selain Dia. Hanya kepadaNya aku bertawakal, dan Dia adalah Tuhan yang memiliki Arsy (singgahasana) yang agung. (QS. 9 : 129).




    • DOA MEMOHON KEPADA ALLAH AGAR SOLAT KITA BESERTA KELUARGA TERJAGA.

    رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيمَ الصَّلاةِ وَمِنْ ذُرِّيَّتِي رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاءِ

    RABBIJ ‘ALNII MUQIIMASH SHALAATI WA MIN DZUR RIYYATI RABBANA WA TAQABBAL DU’AA.

    Ya Tuhanku, jadikanlah aku dan anak cucuku orang yang tetap melaksanakan solat, ya Tuhan kami, perkenankanlah doa kami. (QS. 14 : 40).


     


    * These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

    Vitamin untuk Wanita

    Kerana dirimu begitu berharga maka golongan wanita perlu tahu segala bentuk vitamin yang minima diambil untuk meneruskan kehidupan yang sihat. Merujuk artikel kakak saya 

    Golongan wanita hari ini jika seorang surirumah, kehidupan tidak terbatas kepada kerja rumah seperti memasak atau mengemas rumah, namun aktiviti anak-anak kita yang penuh dengan jadual sekolah menyebabkan para ibu skop tanggungjawab dah menjadi lebih luas dan mencabar.

    Mengapa wanita perlukan vitamin lebih dari para lelaki atau lebih khusus suami?

    Vitamin untuk wanita
    Vitamin untuk wanita


     
    Kerana emosi wanita ini lebih fragile dan mudah berubah -ubah. Ditambah wanita dia ada masa menstrual setiap bulan. Maka lebih la perlukan vitamin untuk bantu badan kekal bertenaga.

    Ada wanita masa datang bulan dia mengalami simpton seperti migraine, mood swing dan mudah pitam...ini la sangat ketara menunjukkan dia perlukan vitamin. Walaupun cukup makan 3 kali sehari tapi jika badan tidak mendapat zat yang secukupnya , dia akan lemah dan mudah jatuh sakit.

    Apakah vitamin untuk wanita ini perlu di ambil setiap hari?

    Multivitamin : Kita sedia maklum multivitamin ini mengandungi kesembua vitamin yang diperlukan oleh badan.m Dari A sampai Z biasanya terkandung dalam multivitamin. Shaklee mempunyai multivitamin yang dikenali sebagai Vita-lize. Ia mengandungi 25 jenis vitamin dan garam mineral yang diperlukan oleh badan.

    Namun walaupun kita dah amal makan multivitamin, tak bermakna kita tak perlu amik vitamin lain.

    Maka antara vitamin lain yang wanita perlukan adalah EPO, Omega 3 dan Kalsium.


    Apakah yang ada pada EPO sehingga ia bagus untuk diambil oleh para wanita?

    EPO kaya dengan gamma-linolenic acid (gamolenic acid atau ringkasnya GLA) dan cis-linoleic acid. Kegunaan EPO banyak bergantung kepada asid-asid ini. Ia melibatkan satu proses biochemical yang komplikated, tetapi cukuplah jika dikatakan bahawa pengambilan EPO akan memberikan kesan terhadap tahap prostaglandins di dalam badan. Prostaglandins inilah yang menyebabkan berlakunya kesan-kesan baik yang didapati oleh pengambil EPO.


    Shaklee mempunyai Produk yang hampir sama iaitu GLA Complex.

    GLA COMPLEX. GLA merupakan hasil kombinasi dari minyak borage yang mengandungi asid gamma linolenik (GLA), asid linolenik (LA), minyak bunga matahari dan vitamin E.

    Sangat biasa dan sesuai di gunakan untuk regulate kitaran haid, simptom PMS, sakit kepala dan untuk mereka yang menopause. Selain itu, bagus sangat untuk skin texture, skin repair dan buat skin glowing.

    Tidak boleh disangkal lagi, kebaikan Omega 3 Fish oil menjadi perbualan orang ramai. Ada yang mengambilnya untuk mencantikkan kullit dan ada juga untuk melindungi kesihatan jantung. Namun, disebabkan harganya juga agak tinggi mengikut jenis jenama yang ada di pasaran, ramai yang tidak membuat ‘pelaburan’ yang memberi manfaat tinggi ini!


    Shaklee mempunyai produk yang dikenali sebagai Omega Guard. 

    Omega guard adalah minyak ikan terbaik dunia kerana megandungi satu rangkaian penuh 7 jenis asid lemak omega 3 semulajadi iaitu ESP, DHA, ALA dan lain lain lagi. Ia juga diekstrak dari ikan laut dalam dan berair sejuk dan tidak dihasilkan dari minyak hari ikan yang mengandungi toksik.

    Vitamin terakhir yang penting untuk wanita adalah kalsium. 

    Tahukah anda, antara fungsi kalsium dalam tubuh adalah untuk menguatkan tulang dan gigi daripada menjadi rapuh? Kepentingan kalsium ini seringkali diabaikan sehingga kita tidak sedar tulang mengalami osteoporosis.



    Shaklee Ostematrix Membekalkan :


    1) 1000mg (100% Pengambilan Harian) unsur Kalsium  daripada sumber-sumber yang mempunyai tahap kepekatan yang tinggi dan mudah diserap dari alam semulajadi.
    2) 400mg (100% Pengambilan Harian) magnesium untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya.
    3) 400IU (100% Pengambilan Harian ) vitamin D untuk merangsang penyerapan kalsium.



    Vitamin untuk wanita


    Jika anda berminat nak dapatkan produk Shaklee boleh hubungi saya 013-9993499.

    Jika berminat nak join menjadi Ahli Shaklee yang berdaftar, boleh terus ke link express ini. JOIN AHLI SHAKLEE







    Pengedar Shaklee Ready Stock 

    Bukit Payong

    013-9993499


    * These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

    Wednesday, June 21, 2023

    7 Amalan Gaya Hidup Yang Sihat

    Menjalani gaya hidup sihat adalah kunci untuk mempertahankan kesihatan dan kesejahteraan kita


    Pentingnya kita menjaga amalan gaya hidup sihat kerana kesannya bukan minggu depan atau tahun depan tetapi bila kita dah meningkat usia.


    Minum Air Secukupnya

     Minum banyak air suam atau air mineral untuk membantu membuang toksin dalam badan, menjaga kesihatan kulit dan juga membantu membakar kalori dalam badan. Memang kita akan rasa kerap nak buang air bila kita kerap minum namun ia bagus untuk proses detox. Pengambilan air sehari yang dicadangkan adalah anggaran 2.5 hingga 3 liter sehari.

    7 Amalan Gaya Hidup Yang Sihat


    Diet yang Sihat

    2.Makan yang cukup tetapi bukan berlebihan. Cara terbaik, makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang. Diet yang seimbang juga penting untuk dapatkan Gaya Hidup yang Sihat. Pengambilan gula yang terkawal dan garam yang minima juga penting untuk kita jaga makan jangka panjang.


    Elakkan Merokok

    KETAGIHAN merokok antara satu tabiat yang paling sukar dan mencabar untuk diatasi dalam kalangan sebilangan perokok.
    Golongan yang mempunyai ketagihan ini terutama perokok tegar pasti tahu bagaimana rasa di saat mereka mencuba untuk berhenti dari merokok.
    Salah satu sebab yang kuat mengapa anda perlu berhenti adalah kerana analisa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa golongan perokok berisiko tinggi untuk mendapat komplikasi yang lebih teruk jika dijangkiti COVID-19.

    Jom baca artikel ; 5 langkah untuk berhenti merokok

    7 Amalan Gaya Hidup Sihat


    Bersenam

    Bersenam baik untuk kesihatan dan rohani. Lakukan walaupun hanya 20 minit sehari. Sekurang-kurangnya 3 kali seminggu. Bersenam bukan hanya untuk kesihatan tetapi ia juga bagus untuk usaha menurunkan berat badan.


    Menguruskan  Stress

    Tekanan dalam hidup memang ada, cuma kita kena pandai menguruskannya. Bagi muslim boleh la jadikan aktiviti zikir sebagai riadah yang boleh membantu mengawal tekanan yang datang. Bagi bukan muslim boleh la mendengar muzik rentak perlahan yang menenangkan.


    Tidur Berkualiti

    Jika anda sukar tidur seperti kerap terjaga ketika tidur atau tidak selesa, pelbagai cara boleh dilakukan bagi mengembalikan ketenangan waktu tidur.

    Tidur pada waktu yang sama, setiap hari malah di hujung minggu serta hari cuti. Konsistensi membuatkan badan anda terbiasa dengan kitaran jadual tidur tersebut.

    Jangan masuk tidur jika berasa lapar atau terlampau kenyang. Rasa tidak selesa akan membuatkan anda kerap terjaga. Kesan rangsangan nikotina, kafein dan alkohol yang mengambil masa berjam-jam untuk hilang juga akan mengganggu tidur anda.

    Lakukan perkara yang sama setiap malam sebelum tidur seperti mandi air panas, membaca buku atau mendengar muzik yang menenangkan sebagai peringatan kepada badan untuk berehat. Elakkan menggunakan peralatan elektronik dalam ritual waktu tidur.


    7 Amalan Gaya Hidup  yang Sihat




    * These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

    Saturday, May 13, 2023

    Hari Raya Open House : Pastikan anda punya stok ini.

    Alhamdulillah tahun ini kita berhari raya dengan persediaan yang lebih baik berbanding tahun lepas, 
    Hari Raya 2022 dengan pengumuman yang mengejutkan.

    Rezeki tahun ini juga saya dapat beraya dengan kakak saya Master Norita di Terengganu. Tahun ini juga kami mendapat beberapa jemputan Hari Raya Open House dari jiran dan kakak saya sendiri.

    Makanan yang biasa dihidangkan selain kuih raya, pastinya makanan yang berbeza dari hari biasa.
    Satay, Nasi tomato , Cendol adalah antara hidangan Open House yang takkan saya lupakan...hehehe. 

    Hari Raya Open house



    Namun begitu saya pastikan saya mempunyai stok Lecithin yang mencukupi untuk dua sebab utama :
    Tak mahu berat naik mendadak
    Masalah Sembelit.

    Maklumlah bila kita dah makan banyak, pastinya tanpa kita sedari berat kita juga boleh naik mendadak. 
    Jika bulan puasa, mungkin berat kita boleh turun 5 kg tetapi selepas habis Ramadhan, ha  berat naik 3kg dalam masa seminggu aje.

    Mana taknya. selain makanan Hari Raya yang menyelerakan, minuman manis juga menarik perhatian ditambah cuaca sangat panas sekarang. 
    Ada yang hidangkan air kordial. Tidak kurang juga air karbonat [ orang kampung panggil air gas]

    Maka dua vitamin ni tak boleh tinggal.

    Herb Lax dan Lecitihin.

    Hari Raya Open house
    Herb lax dan Lecithin

     Mungkin anda baru dengar dengan 2 produk ini ... Herb Lax dan Lecithin. Namun tahu kah anda apa fungsi 2 vitamin ini? 
    Ini adalah 2 vitamin basic yang boleh diambil untuk pastikan kita kekal sihat.

    Saya share dulu tentang Lecithin. Lecithin adalah produk yang bertindak mengemulsi lemak atau memecahkan lemak. Ia berupaya membakar lemak dengan lebih cepat jika disertai dengan senaman yang sesuai. Pengambilan Lecithin mengikut kuantiti yang disyorkan membantu mempercepatkan pembakaran untuk mendapat kesan penurunan berat badan yang seimbang.

    Biasanya musim perayaan ni la kita akan jumpa hidangan yang sedap dan jarang didapati luar musim perayaan.
    Bila dah jarang jumpa pastinya kita akan makan banyak. Tanpa kita sedar, berat kita boleh naik mendadak.
    Maka pengambilan Lecithin sedikit sebanyak bantu kita makan dengan terkawal.

    Ada orang sebelum masuk aje makanan, akan mengambil beberapa biji lecithin yang disyorkan untuk memastikan perut tak terkejut dengan makanan yang banyak.

    Macam saya, pengambilan Lecithin buat saya rasa kenyang. Paling best sebenarnya adalah memberi rasa lawas semasa proses pembuangan.

    Ada saya share artikel Lecithin dan Herb lax sebelum ni : jemput baca sini.

    Paling best juga produk yang kami kenali sebagai Julap Shaklee. Nama produk adalah Herb Lax. Apa kandungan herb Lax ini sebenarnya ?
    Herb-Lax Shaklee terdiri daripada 9 herba semulajadi iaitu alfalfa leaves, senna leaves, anise seeds, blue malva flower, buckhorn bark, licorice root, rhubarb root, fennel seed dan culver's root


    Herb Lax berfungsi untuk pembersihan najis yang tersekat. Merangsang usus untuk percepatkan proses pembersihan secara lembut kepada najis yang tersekat atau tersimpan lama dalam tubuh kita. Membantu masalah sembelit. Tindakan pembersihannya yang lembut boleh mengembalikan semula proses semulajadi.

    Bila dah mula makan Herb Lax, kita akan dapat rasa badan ringan aje selepas membuang.

    Maklumlah kan Hari Raya Open House boleh berlangsung sepanjang Ramadhan. 

    Namun pandai-pandailah kita untuk memastikan apa yang kita makan sepanjang Open House itu tidak memberi mudarat pada kita.

    Jika anda berminat nak dapatkan 2 produk ini dengan harga ahli, jom



    Jika anda nak tanya pasal produk atau masalah kesihatan, boleh wasap saya di 013-9993499 



    Jika nak tahu promo atau update lain saya juga kongsikan di FACEBOOK saya Ein Shaklee Bukit Payong.







    * These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

    Tuesday, March 28, 2023

    Vitamin C bukan hanya untuk cantik.

    Vitamin C bukan hanya untuk cantik, tapi banyak manfaat dan kepentingan lain yang badan kita perlukan.

    Walaupun Vitamin C terkenal  sebagai vitamin antioksidan selain memberi kecantikan pada wajah serta memberi

    rasa muda sentiasa namun tahukah kita , badan kita memerlukan vitamin C lebih dari hanya kecantikan?

     

    Kekurangan vitamin C ini boleh membawa kepada beberapa masalah kesihatan seperti anemia, keletihan, kelesuan, pendarahan secara tiba-tiba, sakit pada anggota badan terutama pada bahagian kaki, bengkak di beberapa bahagian badan, risiko kehilangan gigi serta ulser gusi.

    Vitamin C bukan hanya untuk cantik

    Kelemahan Vitamin C

    Pengambilan Vitamin C pula tidak la boleh diambil secara berlebihan dari dos yang disarankan kecuali kita jatuh

    sakit atas nasihat doktor. Pengambilannya pula tidak digalakkan diambil dalam perut yang kosong dikhuatiri akan

    menyebabkan ulser pada perut.

     Badan kita tak mampu nak hasilkan sendiri vitamin ini, lebih malang ia vitamin yang mudah rosak akibat haba yang

    tinggi dan stress yang tidak dapat dikawal.

    Dengan ini kita dapat simpulkan bahawa vitamin C sangat penting bukan hanya untuk cantik.

    Vitamin C bukan hanya untuk cantik.

     

    Tubuh badan kita memerlukan vitamin antioksidan kerana banyak fungsi.

    Antaranya adalah membantu meningkatkan sistem pertahanan badan , membantu mencegah penyakit skurvi, mengukuhkan dinding salur darah  dan menolong pembentukan tisu  iaitu kolagen.

    Selain mengurangkan stress, membantu menurunkan kadar kolestrol jahat [ LDL] selain melambatkan penuaan,

    membantu kecerahan pada kulit serta melambatkan kedutan akibat penuaan.

    Bila kita dah tahu betapa pentingnya Vitamin C, maka jom mulai sekarang jangan culas makan vitamin C.

    Lebih istimewa saya nak kongsikan bahawa sebiji vitamin C bersamaan dengan 7 setengah biji Oren. Jika anda mampu untuk menyediakan hidangan buah yang banyak setiap hari, mungkin tidak menjadi masalah. 

    Namun cabaran kita hari ini adalah buah yang dijual kebanyakkan adalah buah GMO iaitu buah yang telah diubah genetiknya.

    Maka pengambilan supplement adalah salah satu cara kita nak atasi jurang yang terdapat dalam nutrisi harian kita.

    Selain mencari vitamin yang bagus, kita perlu mencari vitamin yang setara dengan harga yang kita bayar.

     


    * These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

    Monday, March 27, 2023

    Mengapa perlu B Complex untuk kurus? | Pengedar Shaklee Bukit Payong

    B Complex perlu untuk kurus, tapi ramai yang tidak tahu.

    B complex untuk kurus

    Aktiviti kita akan mula menjadi masalah bila berat kita mula berlebihan. Berlaga peha, sakit lutut, susah duduk bersila biasa menjadi tanda berat kita ada masalah. 

    Bila keadaan ini berlaku, memang ramai yang usaha mencari ubat kurus. Ada banyak aje ubat kurus hari ini yang ada dalam pasaran. Walaupun banyak syarikat pengeluar yang beri jaminan ia berkesan namun personalannya adakah ia selamat untuk jangka panjang?

    Apa kata kita cuba pula vitamin yang memang baik untuk kesihatan. Lebih jelas mempunyai fungsi yang baik untuk badan.Mungkin ramai yang dah pernah dengar tentang minyak ikan seperti Omega dan Leciithin yang yang dikenali bagus untuk bakar lemak secara langsung menurunkan berat badan. 

    Tapi tahukah kalian antara produk yang membantu kita kurus juga termasuklah vitamin B Complex?

    Vitamin B kompleks memainkan peranan penting di dalam sistem metabolisme tubuh badan iaitu mengubah lemak, karbo dan protein menjadi sumber tenaga atau asid amino.

    B complex untuk kurus

    Saya suka B complex Shaklee kerana ia lengkap dengan 8 kumpulan vitamin B.

    1. Thiamin (B-1),
    2. Riboflavin (B-2),
    3. Niacin (B-3),
    4. Pantothenic acid (B-5),
    5. Pyridoxine (B-6),
    6. Folic acid (B-9)
    7. Cobalamin (B-12)
    8. Biotin.

     

    Kita dimomokkan B complex boleh menggemukkan kerana ia membuka selera makan kita. Namun selepas saya dah mengenali Shaklee lebih 10 tahun, saya rasa ia tidak seperti yang digembar gemburkan.

    Apa yang boleh saya kongsikan adalah B complex perlu untuk kurus :

    1. B12 adalah  faktor dalam metabolisme karbohaidrat

    2.B1 penting untuk pecahan karbohaidrat dan membantu menukarkan glukos[ gula ringkas] dan karbohaidrat kepada tenaga.
    Kekurangan vitamin B1 untuk akan menyebabkan glukos dan karbohaidrat hanya tersimpan dalam badan. Apabila ia berterusan, ia akan menjadi salah satu punca berat badan bertambah, kegemukkan dan hilang bentuk tubuh badan yang asal.

    3.B6 sangat penting dan diperlukan untuk penukaran glikogen[ tenaga yang tersimpan ] kepada glukos[ gula dalam darah].

    Maka pada saya secara peribadi vitamin B complex memang membantu dalam pembakaran glukos dan karbohaidrat menjadi tenaga. Pengambilan air sangat penting dalam membantu proses berjalan dengan lebih lancar.

    Teringat zaman belajar kat sekolah dulu, kakak saya Master Norita sangat mementingkan pengambilan B complex dan Lecithin. Walaupun tujuan utama untuk fokus dan kuat daya ingatan dalam pembelajaran, namun secara langsung sangat membantu saya dapatkan berat yang ideal.

    Jika anda berminat nak dapatkan Vitamin B compex untuk turunkan berat badan, boleh hubungi saya di 

     

    FB : Pengedar Shaklee Kuala Terengganu
    Email : Irdinashaklee@gmail.com

    WASAP : 60139993499 

     



    * These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

    Monday, March 6, 2023

    Sahur perlu makan berat?

    MasyaAllah tak lama aje lagi puasa Ramadhan. Pasti ramai yang usaha ganti puasa sebelum buka buku baru Ramadhan tahun ni. Bila cerita Puasa Ramadhan, pasti dah terbayang nanti akan bersahur apa.

     Apa itu sahur sebenarnya? Sahur mengikut Kamus Dewan adalah

    Definisi : berjaga; makan ~ makan selepas waktu tengah malam sebelum terbit fajar dlm bulan Ramadan (juga dlm bulan lain bagi orang yg hendak berpuasa); bersahur makan sahur (Kamus Dewan Edisi Keempat)

    Sahur

     

    Makan sahur ini biasanya untuk memastikan kita bertenaga sepanjang berpuasa.  Kalau masa saya kecil dulu, mak akan siapkan lauk pauk bersahur untuk seisi keluarga. Macam makan tengahari tapi hanya masa berbeza. Kami akan makan anggaran jam 5 pagi. Biasa dalam sejam sebelum waktu solat Subuh. 

    Ada juga mereka yang suka makan sebelum tidur. Ini kerana mereka rasa sukar untuk bangun awal dan makan. Jadi mereka menjadikan amalan makan sebelum tidur. Namun ada bahayanya juga kerana ia akan mudah menjadikan berat badan kita bertambah. Gula dari makanan tidak dapat ditukarkan semasa kita tidur dan ia akan disimpan sebagai lemak.

    Sahur

     

    Rasulullah menyarankan umatnya untuk melambatkan sahur. 

    Kita disunnahkan untuk melewatkan sahur. Perkataan itu sendiri merujuk kepada akhir malam atau sepertiga akhir malam. Ini seperti firman Allah:

    وَبِالْأَسْحَارِ هُمْ يَسْتَغْفِرُونَ

    (maksudnya) “Pada waktu sahur mereka memohon keampunan” (Surah Ali ‘Imran: 17).

    Bersahur terlalu awal bukanlah sesuatu yang digalakkan sebaliknya disunnahkan melewatkannya.

     

    Adakah memang kita kena makan yang berat seperti nasi berlauk sebagai persediaan untuk pastikan kita bertenaga sepanjang berpuasa siang hari? Saya rasa mak -mak kita dulu hanya nak pastikan kita kenyang dan tidak merengek meminta makanan selagi belum masuk waktu berbuka.

     

    Kelebihan bersahur 


    Besarnya rahmat Allah, sehingga seseorang yang bangun bersahur agar dia bertenaga esok harinya ketika berpuasa, dihitung sebagai ibadah yang diberi ganjaran. “Bersahurlah, sesungguhnya pada sahur itu ada keberkatan”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

    Sungguh, sebenarnya sahur itu tidak la semestinya kita mengamalkan makanan yang berat seperti nasi berlauk pauk , memadai sekadar air kosong bersama beberapa biji tamar. Sebab itu bulan puasa sangat sinonim dengan buah kurma.

    Bagi yang mempunyai masalah gastrik adalah sangat digalakkan bersahur sebelum berpuasa. 





    * These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

    Doa Pelaris Perniagaan yang Mudah

    Membaca artikel kakak saya Master Norita Idris tentang Pelaris Perniagaan, menarik perhatian saya. Teringat akan Doa Pelaris Perniagaan yang saya biasa amal.

    Dari awal penglibatan saya dalam bisnes Shaklee ni, saya mula dengan amalan doa pelaris perniagaan. Banyak doa yang arwah mak bagi suruh saya amal. Syukurlah doanya pendek-pendek dan mudah diamal selepas solat.

    Doa Pelaris Perniagaan

    Antara zikir doa pelaris perniagaan yang saya amalkan adalah antaranya ;

    Subhanallah wabihamdih Subhanallahil Azim Astagfirullah

    Dalam Riwayat lain diceritakan datang seorang sahabat yang mengeluh kepada Rasululllah SAW dan berkata:  "Yaa Rasulullah, kenapa dunia seolah-olah tidak menginginkanku. Semua usahaku bangkrut, peternakan dan pertanianku pun selalu gagal panen".

    Sambil tersenyum Nabi pun mengajarkan tentang tasbihnya para malaikat serta tasbihnya alam semesta.

    "Subhanallah Wa Bihamdihi Subhanallahil Adzim Astagfirullah"

    Lalu Nabi Muhammad SAW bersabda, "Bacalah seratus kali sebelum terbit fajar. Maka dunia akan memohon kepada Allah agar engkau miliki, mengejarmu tanpa engkau mengejarnya."

    Selang beberapa bulan kemudian, sahaabt tersebut kembali lagi dan bercerita.

    "Yaa Rasulullah, sekarang aku bingung dengan hartaku kemana aku harus letakan hasil usaha dan peternakanku, karena banyaknya."

    Demikian di riwayatkan oleh Al Khatib Al Baghdadi dari Imam Malik Rahimahullah.

     

     

    Doa Pelaris Perniagaan



    Antara doa lain yang bagus amal adalah 

    “Inna haza larizquna maalahu minnafad”
    – Surah Sad Ayat 54.
    Maksudnya, “Sesungguhnya ini ialah pemberian Kami kepada kamu, pemberian yang tidak akan habis-habis”.
    Tips : Amalkan 33x lepas solat, In shaa Allah rezeki tidak putus2
     
    Bukan ini sahaja, malah amalan membaca surah Al Waqiah juga merupakan satu doa pelaris perniagaan yang sangat bagus diamalkan.
    Amalan membaca Surah Al-Waqiah sebanyak 14 kali selepas selesai menunaikan solat Asar, Insya Allah anda akan dikurniakan oleh Allah dengan kekayaan serta dimurahkan rezeki yang berlimpah-ruah dalam pelbagai bentuk rezeki.
     
    Doa mudah dan pendek ini menjadikan ia mudah untuk diamal. 
     
     
    Jom amal, supaya kita beroleh bisnes yang maju dan penuh keberkatan.
     
    Pengedar Shaklee Bukit Payong.
    EinWellness

     

     




    * These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

    Friday, March 7, 2014

    Shaklee Muar : Masa untuk tambah ilmu

    2 hari ni stay hotel....alhamdulillah rezeki pulak bilik kali ni besar. 

    Opss kami bukan datang nak bercuti atau makan angin tetapi atas urusan ilmu.

    Shaklee Muar 0129944503


    Malam ni kami [ 3 beradik] belajar pasal blogging. Selama ni semua akak saya buatkan tapi malam ni dengan suami pun saya kerah datang belajar sekali...senang. Bukan apa kalau la saya tak sihat atau sibuk suami saya boleh take part.

    Nama pun buat bisnes sama-sama so semua kena buat sama-sama lah.

    Hah, nama hotel ni pun unik gak...sama-sama.

    So malam ni banyak ler kakak saya ceramah dan tazkirah free buat saya dan kak Mas. Tapi sebab nak hidup senang kena lah terima semua ceramah khas dia.

    Mudah-mudahan saya dan keluarga pun senang la lepas ni.

    Sekarang pun dah alhamdulillah sangat dengan income Shaklee yang saya terima. Sapa nak bagi 4 angka dari rumah. Syukurlah ada bisnes Shaklee yang akak saya kenalkan.

    So nantilah saya update lagi ya. Nak rehat pulak.

    Untuk maklumat lanjut mengenai produk Shaklee, keahlian Shaklee atau menjana pendapatan dari rumah, sila hubungi saya
     Facebook : Norazlina Mohd Idris (DUNIA VITAMIN IRDINA)
    Gmail : Irdinashaklee@gmail.com
    Blogger : DUNIAVITAMINIRDINA.BLOGSPOT.COM Call / sms / whatsapp : 012-994-4503 ID SHAKLEE : 804347