Thursday, June 13, 2013

Manual Bussiness Shaklee 12

(8-2) Penyediaan Trial Pack

(1) Vitamin

  • Set paling popular adalah set penyusuan ( set B). Jika anda mempunyai modal yang kecil,

    sebagai permulaan anda boleh sediakan 4 trial pack dahulu. Di mana kosnya ialah RM241 termasuk pos ( harga semenanjung). Vitamin yang dimaksudkan adalah vitalea, b-complex, vitamin C dan alfalfa (Small) – sebotol bagi setiap vitamin tersebut.

  • Jika anda mempunyai modal yang lebih, boleh mulakan untuk 12 trial pack yang akan merangkumi set A, set B, set C dan set D:

    • B complex - RM43 @ 3 botol = RM129

    • Vitalea-RM71@3botol=RM213

    • Vitamin C - RM74 @ 2 botol = RM148

    • Alfalfa (large) - RM78 @ 2 botol = RM156

    • Zinc-RM27@1botol=RM27

    • Vitamin E - RM119 @ 1 botol = RM119

  • Namun ianya terpulang kepada individu. Tiada paksaan dan ianya mengikut kemampuan

    modal masing2.

    (2)Prosedur pembungkusan

  • Pastikan peralatan yg digunakan adalah BERSIH. Gunakan sudu plastic utk membungkus

    vitamin tersebut. Jangan lupa menggunakan sarung tangan (boleh dibeli di farmasi)

    sewaktu pengendalian vitamin.

  • Peringatan: Anda memegang AMANAH pelanggan anda. Pastikan kebersihan dan kualiti

    menjadi perkara utama yg perlu dititik beratkan. Hasil jualan ini akan menjadi darah daging kita dan anak-anak kita. Keberkatan rezeki sangat dititik beratkan.

    [9] BAGAIMANA MAHU MENJALANKAN BIZ SHAKLEE?

    Anda boleh memilih untuk menjalan perniagaan Shaklee anda samada secara OFFLINE mahupun ONLINE. Setiap daripada kita mempunyai kekuatan masing-masing. Saya akan terangkan dengan lebih jelas mengenai dua cara ini.

    (9-1) Berniaga secara ONLINE

    Cara ini sangat sesuai untuk mereka yang pemalu, tidak mempunyai masa untuk berjumpa dengan prospect terutama bagi ibu bekerjaya malah surirumah yang sibuk menguruskan rumah.

    Medium marketing yang anda boleh gunakan adalah FACEBOOK, BLOG, TWITTER, INSTAGRAM.

    (9-1-1) Facebook

    Pihak Facebook menggalakkan anda untuk menggunakan FANPAGE sebagai medium biz anda berbanding personal wall facebook anda. Peraturan ini sudah termaktub di dalam rules facebook namun masih ramai yang tidak menyedarinya.

    Anda boleh daftarkan fanpage anda di sini http://www.facebook.com/pages . Sila log in menggunakan personal wall anda untuk daftarkan fanpage anda. Bermakna, anda hanya perlu log in kepada 1 akaun sahaja untuk uruskan fanpage anda. Mudahkan?? 

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas ulasan dan coretan anda.