Tuesday, July 18, 2023

Kerja dari rumah trend ibu ayah kini

Dulu mungkin nampak atau kedengaran pelik, bekerja dari rumah?

Bisnes apa aje yang boleh buat bisnes dari rumah? Berhasil ke? Ada orang nak beli ke?

Macam -macam pertanyaan orang bertanya tentang kerja dari rumah. Kebiasaan ibu-ibu yang terlibat kerana memang golongan ibu ini sangat suka dengan kerja sampingan supaya boleh jana pendapatan sambil menolong para suami yang terikat dengan kerja makan gaji. 

Walau bagaimanapun, semenjak kita lalui PKP selama 2 tahun, kerja dari rumah telah menjadi perkara biasa. 

Waktu PKP perjalanan menjadi terhad dan terbatas. Syarikat yang meneruskan operasi terpaksa membuat jadual atur pekerja yang datang ke pejabat manakala sebilangan mereka hanya bekerja dari rumah. Di sini bermulalah era kerja dari rumah utuk para suami dan isteri yang bekerjaya.

Syukurlah waktu ini kami baru aje berpindah ke Kuala Terengganu. Hijrah yang paling jauh takat ni. Saya senang sekali kerana merasa duduk ditempat orang. 

Syukurlah juga kerana saya memang mempunyai bisnes Shaklee yang boleh dibuat secara online dan offline. Kakak saya Master Norita juga berhijrah ke Terengganu selepas anaknya mahu sambung belajar dalam bidang al Al Quran. Memandangkan ada kakak di sini, dapatlah kami adik beradik selalu berjumpa.

Kerja dari rumah ni nampak seronok. Tak perlu sewa kedai. Tak perlu bayar pekerja. Malah tak perlu keluar duit untuk buat R&D produk kerana Shaklee dah sediakan semua tu.


Namun demikian untuk kerja dari rumah perlulah semangat disiplin yang kuat. Kita kena buat jadual berapa jam sehari yang perlu diperuntukkan untuk bisnes kerana nama pun part time. Tak mahulah tugas dan tanggungjawab sebagai ibu dan isteri terabai kerana buat bisnes ni.

Walau demikian sebagai seorang yang bekerja dari rumah, penetapan target adalah wajib. Ini adalah supaya kita tidak mudah tersasar dari landasan bisnes.


Kerja dari rumah


Bagusnya kerana setiap hari tak menjadi beban nak pakai baju apa, nak keluar rumah jam berapa seperti ibu-ibu lain yang bekerjaya.

Alhamdulillah walau hanya kerja dari rumah, ia melayakkan saya mempunyai pendapatan bulanan. Kami juga dibekalkan dengan penyata tahunan CP58 dan ia adalah perlu bila nak buat loan rumah atau kereta.

Jika ada yang berminat nak join saya boleh la wasap saya di SINI 

Namun jika anda dah memang nak join kami, boleh aje daftar Express di sini




* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas ulasan dan coretan anda.