Showing posts with label Pengedar Sah Shaklee area Bukit Payong. Show all posts
Showing posts with label Pengedar Sah Shaklee area Bukit Payong. Show all posts

Saturday, August 26, 2023

Doa untuk Wanita

Setiap hari kita disarankan punya masa untuk solat, mengaji dan riadah selain dipenuhi dengan masa memikul tanggungjawab lain seperti surirumah atau memegang jawatan dalam kerjaya.


Doa untuk wanita




Antara 3 doa pendek yang bagus kita amalkan adalah :






  • DOA KHAWATIR HATIMU BERPALING DARI HIDAYAH.

رَبَّنَا لَا تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنْتَ الْوَهَّاب

RABBANA LAA TUZIGH QULUU BANAA BA’DA IDZ HADAITANAA WAHAB LANA MILLADUNKA RAHMATAN, INNAKA ANTAAL WAHHAB.

Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pesongkan hati kami kepada kesesatan setelah Engkau berikan petunjuk kepada kami, dan karuniakanlah kepada kami rahmat dari sisiMu, sesungguhnya Engkau Maha Pemberi. (QS. 3),





  • DOA APABILA TERIMA KESUSAHAN.

حَسْبِيَ اللَّهُ لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ عَلَيْهِ تَوَكَّلْتُ وَهُوَ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ

HASBI YALLAH LAA ILAAHA ILLAA HUWA ‘ALAIHI TAWAK KALTU WA HUWA RABBUL ‘ARSYIL ‘ADHIIM.

Cukuplah Allah bagiku; tidak ada Tuhan selain Dia. Hanya kepadaNya aku bertawakal, dan Dia adalah Tuhan yang memiliki Arsy (singgahasana) yang agung. (QS. 9 : 129).




  • DOA MEMOHON KEPADA ALLAH AGAR SOLAT KITA BESERTA KELUARGA TERJAGA.

رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيمَ الصَّلاةِ وَمِنْ ذُرِّيَّتِي رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاءِ

RABBIJ ‘ALNII MUQIIMASH SHALAATI WA MIN DZUR RIYYATI RABBANA WA TAQABBAL DU’AA.

Ya Tuhanku, jadikanlah aku dan anak cucuku orang yang tetap melaksanakan solat, ya Tuhan kami, perkenankanlah doa kami. (QS. 14 : 40).


 


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Vitamin untuk Wanita

Kerana dirimu begitu berharga maka golongan wanita perlu tahu segala bentuk vitamin yang minima diambil untuk meneruskan kehidupan yang sihat. Merujuk artikel kakak saya 

Golongan wanita hari ini jika seorang surirumah, kehidupan tidak terbatas kepada kerja rumah seperti memasak atau mengemas rumah, namun aktiviti anak-anak kita yang penuh dengan jadual sekolah menyebabkan para ibu skop tanggungjawab dah menjadi lebih luas dan mencabar.

Mengapa wanita perlukan vitamin lebih dari para lelaki atau lebih khusus suami?

Vitamin untuk wanita
Vitamin untuk wanita


 
Kerana emosi wanita ini lebih fragile dan mudah berubah -ubah. Ditambah wanita dia ada masa menstrual setiap bulan. Maka lebih la perlukan vitamin untuk bantu badan kekal bertenaga.

Ada wanita masa datang bulan dia mengalami simpton seperti migraine, mood swing dan mudah pitam...ini la sangat ketara menunjukkan dia perlukan vitamin. Walaupun cukup makan 3 kali sehari tapi jika badan tidak mendapat zat yang secukupnya , dia akan lemah dan mudah jatuh sakit.

Apakah vitamin untuk wanita ini perlu di ambil setiap hari?

Multivitamin : Kita sedia maklum multivitamin ini mengandungi kesembua vitamin yang diperlukan oleh badan.m Dari A sampai Z biasanya terkandung dalam multivitamin. Shaklee mempunyai multivitamin yang dikenali sebagai Vita-lize. Ia mengandungi 25 jenis vitamin dan garam mineral yang diperlukan oleh badan.

Namun walaupun kita dah amal makan multivitamin, tak bermakna kita tak perlu amik vitamin lain.

Maka antara vitamin lain yang wanita perlukan adalah EPO, Omega 3 dan Kalsium.


Apakah yang ada pada EPO sehingga ia bagus untuk diambil oleh para wanita?

EPO kaya dengan gamma-linolenic acid (gamolenic acid atau ringkasnya GLA) dan cis-linoleic acid. Kegunaan EPO banyak bergantung kepada asid-asid ini. Ia melibatkan satu proses biochemical yang komplikated, tetapi cukuplah jika dikatakan bahawa pengambilan EPO akan memberikan kesan terhadap tahap prostaglandins di dalam badan. Prostaglandins inilah yang menyebabkan berlakunya kesan-kesan baik yang didapati oleh pengambil EPO.


Shaklee mempunyai Produk yang hampir sama iaitu GLA Complex.

GLA COMPLEX. GLA merupakan hasil kombinasi dari minyak borage yang mengandungi asid gamma linolenik (GLA), asid linolenik (LA), minyak bunga matahari dan vitamin E.

Sangat biasa dan sesuai di gunakan untuk regulate kitaran haid, simptom PMS, sakit kepala dan untuk mereka yang menopause. Selain itu, bagus sangat untuk skin texture, skin repair dan buat skin glowing.

Tidak boleh disangkal lagi, kebaikan Omega 3 Fish oil menjadi perbualan orang ramai. Ada yang mengambilnya untuk mencantikkan kullit dan ada juga untuk melindungi kesihatan jantung. Namun, disebabkan harganya juga agak tinggi mengikut jenis jenama yang ada di pasaran, ramai yang tidak membuat ‘pelaburan’ yang memberi manfaat tinggi ini!


Shaklee mempunyai produk yang dikenali sebagai Omega Guard. 

Omega guard adalah minyak ikan terbaik dunia kerana megandungi satu rangkaian penuh 7 jenis asid lemak omega 3 semulajadi iaitu ESP, DHA, ALA dan lain lain lagi. Ia juga diekstrak dari ikan laut dalam dan berair sejuk dan tidak dihasilkan dari minyak hari ikan yang mengandungi toksik.

Vitamin terakhir yang penting untuk wanita adalah kalsium. 

Tahukah anda, antara fungsi kalsium dalam tubuh adalah untuk menguatkan tulang dan gigi daripada menjadi rapuh? Kepentingan kalsium ini seringkali diabaikan sehingga kita tidak sedar tulang mengalami osteoporosis.



Shaklee Ostematrix Membekalkan :


1) 1000mg (100% Pengambilan Harian) unsur Kalsium  daripada sumber-sumber yang mempunyai tahap kepekatan yang tinggi dan mudah diserap dari alam semulajadi.
2) 400mg (100% Pengambilan Harian) magnesium untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya.
3) 400IU (100% Pengambilan Harian ) vitamin D untuk merangsang penyerapan kalsium.



Vitamin untuk wanita


Jika anda berminat nak dapatkan produk Shaklee boleh hubungi saya 013-9993499.

Jika berminat nak join menjadi Ahli Shaklee yang berdaftar, boleh terus ke link express ini. JOIN AHLI SHAKLEE







Pengedar Shaklee Ready Stock 

Bukit Payong

013-9993499


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Friday, July 28, 2023

Tips travel ke Pulau dengan anak kecil

Alhamdulillah rezeki kami dapat merasa bercuti dan makan angin bersama kakak saya. Beliau selalu kongsi rezeki dengan adik beradik. 

Berkat Shaklee kami merasa pergi umrah satu family besar. Terasa esklusif kerana kami pergi hanya keluarga sahaja.

Dalam penulisan kali ni saya nak share tips travel ke Pulau dengan anak kecil. 

Pada tahun lepas kami berpeluang bercuti di Pulau Redang yang popular di kalangan pelancong. Percutian kali ini kami datang bersama pakcik saya , kakak saya dan ustaz kepada anak saudara saya.

Walaupun pada mulanya saya tak yakin boleh bercuti dengan anak kecil ke Pulau...ditambah kakak saya bagi tahu pulau ni jaraknya dari darat mengambil masa 40 minit. Ooo masa tu saya terbayang jika anak saya terjeit-jerit takut di dalam bot. Jenuh juga nak hadap 40 minit merentas laut.

Namun ada beberapa tips yang kakak saya ajar terutama nak bawa anak kecil bercuti di Pulau.

Tips travel ke Pulau dengan anak kecil


Tips travel ke Pulau dengan anak kecil


1.Mula maklumkan pada anak tempat yang bakal nak pergi di saat kita dah plan nak bercuti. Contohnya lagi 2 minggu nak travel maka bermula hari itu kita sentiasa update anak kecil walaupun dia tak faham [ pada pendapat kita dia tak faham].

Percutian yang kita bayangkan dan mahukan, itu lah yang kita akan cerita pada anak kecil kita. 

"Nanti kita nak pergi bercuti di Pulau Redang. Maka ibu harap adik baik-baik aje. Tak meragam dan tak menyusahkan ibu. Kita bercuti kena happy dan seronok."


Inilah ayat yang kakak saya bagi contoh untuk disebutkan pada anak. Setiap hari duk ulang ayat tu. Tanpa bosan kita sampaikan sehinggalah hari nak bertolak.

Benarlah ajaib petua kakak saya. Sepanjang dalam bot 40 minit menuju pulau, anak kecil saya tidur dengan sangat nyenyak.

Adakala apa yang kita jangka tak berlaku pun. hahaha. semuanya kena doa dari awal.
Tips travel ke Pulau dengan anak kecil



Pulau Redang yang kami nak pergi ni mempunyai banyak aktiviti yang sesuai dengan keluarga.

2.Maka Tips Travel ke Pulau dengan anak kecil seharusnya mencari tempat yang ada aktiviti untuk anak-anak dan menghiburkan.

3.Selain itu pakaian renang sudah pasti sangat penting supaya anak enjoy mandi laut atau mandi kolam. Baju renang pula mempunyai material yang cepat kering bila dijemur di dalam bilik air atau di luar bilik.

Tips travel ke Pulau dengan anak kecil
Tips travel ke Pulau dengan anak kecil



4. Bila travel dengan anak kecil ke mana sekalipun jangan sesekali abaikan keperluan membawa ubat-ubatan. Mereka ni fragile. Adakala sakit perut, demam. batuk dan selesema maka mak la perlu menjadi orang yang paling bersedia.


Terima kasih kakakku yang membawa kami bercuti dan sentiasa berkongsi rezeki dengan Ein anak beranak.


Berminat nak join Shaklee?


Pengedar Shaklee Bukit Payong





* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Shaklee Bukit Payong : Percutian Shaklee yang menjadi impian ramai orang

Istimewa buat bisnes Shaklee ni salah satunya percutian yang diberikan, sama ada regional, umrah atau International.

Siapa yang layak dapat sertai Percutian Shaklee ini?

Mereka yang dah menjadikan Shaklee sebagai kerjaya utama dan usaha kembangkan bisnes sebaik mungkin. Walaupun saya belum merasa namun kakak saya telah membawa kami sekeluarga menunaikan umrah dengan standard Shaklee.

Waktu tu saya bayangkan betapa bestnya Percutian Shaklee ni. 

Kakak saya kata trip Umrah yang dia sediakan khas untuk kami sekeluarga adalah sama standard dengan Shaklee. Hotel bertaraf 5 bintang, dekat dengan masjid dan sangat selesa.

Percutian Shaklee

Percutian Shaklee mungkin saya belum rasa, tapi umrah keluarga terbesar menyatukan kami semua.

Gambar kenangan di Hotel Hilton Makkah.

Tahun tu kami stay di Hotel Hilton di Mekah [ kini dikenali sebagai Makkah Tower.

Alhamdulillah ia adalah umrah pertama saya bersama keluarga. Kenangan yang tak mungkin akan dilupakan sampai bila-bila.

Saya doa moga kami akan dijemput untuk Umrah Shaklee dengan rezeki kami di Shaklee. Tiada yang mustahil dengan rahmat Allah.







* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Wednesday, July 19, 2023

Tips nak join Bisnes Online

Mungkin anda sedang mencari bisnes yang boleh dibuat secara online. Artikel kali ni saya nak buat sharing tentang Tips Bisnes yang boleh dibuat secara online.




Menjual produk yang ada permintaan berterusan.

Untuk produk yang sentiasa ada permintaan antaranya adalah bisnes makanan, produk kelahiran, produk perkahwinan dan beberapa lagi kerana perkara ini sentiasa berlangsung. 
Setiap hari akan ada orang berkahwin, orang yang melahirkan dan bisnes makanan yang mana manusia meneruskan kelansungan hidup.

Menjual produk yang orang mampu beli.
Jika terlalu mahal juga menjadikan orang tak minat nak beli. Maka sebagai peniaga kita perlu guna banyak tenaga nak memujuk orang membeli produk tersebut. Maka surveylah dulu harga produk yang kita nak jual tadi untuk melihat permintaannya.

Bonus rebat atau keuntungan yang berbaloi.
Bila kita nak menjual produk online ni, kena juga amik tahu berapa komisen atau bonus rebat yang kita akan kita perolehi. Terlalu rendah juga tak berbaloi atau pastikan ia setara dengan usaha yang kita curahkan untuk menjual produk syarikat tersebut.

Pastikan produk yang hendak dijual itu mempunyai stok 
Ramai yang menjadi dropshipper berakhir macam tu sahaja kerana company yang mereka sertai tidak mengambil berat pada usaha yang dibuat oleh dropshipper. Ada yang jualan dibuat oleh dropshipper dilengah-lengahkan oleh syarikat produk. Jadi bayangkan perasaan dropshipper yang mengadap customer tadi.

Saya bersyukur kerana kakak saya perkenalkan Shaklee. Alhamdulilah walau berada di mana sekalipun, bisnes online tetap boleh berlangsung. 
Penyata pendapatan juga disediakan. Permintaan sentiasa berterusan kerana makin hari makin ramai yang sedar betapa pentingnya sihat.

Jika berminat nak tahu lebih lanjut, boleh wasap saya 013-9993499 atau boleh klik Link Express ini juga nak join group saya.



* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Tuesday, July 18, 2023

Kerja dari rumah trend ibu ayah kini

Dulu mungkin nampak atau kedengaran pelik, bekerja dari rumah?

Bisnes apa aje yang boleh buat bisnes dari rumah? Berhasil ke? Ada orang nak beli ke?

Macam -macam pertanyaan orang bertanya tentang kerja dari rumah. Kebiasaan ibu-ibu yang terlibat kerana memang golongan ibu ini sangat suka dengan kerja sampingan supaya boleh jana pendapatan sambil menolong para suami yang terikat dengan kerja makan gaji. 

Walau bagaimanapun, semenjak kita lalui PKP selama 2 tahun, kerja dari rumah telah menjadi perkara biasa. 

Waktu PKP perjalanan menjadi terhad dan terbatas. Syarikat yang meneruskan operasi terpaksa membuat jadual atur pekerja yang datang ke pejabat manakala sebilangan mereka hanya bekerja dari rumah. Di sini bermulalah era kerja dari rumah utuk para suami dan isteri yang bekerjaya.

Syukurlah waktu ini kami baru aje berpindah ke Kuala Terengganu. Hijrah yang paling jauh takat ni. Saya senang sekali kerana merasa duduk ditempat orang. 

Syukurlah juga kerana saya memang mempunyai bisnes Shaklee yang boleh dibuat secara online dan offline. Kakak saya Master Norita juga berhijrah ke Terengganu selepas anaknya mahu sambung belajar dalam bidang al Al Quran. Memandangkan ada kakak di sini, dapatlah kami adik beradik selalu berjumpa.

Kerja dari rumah ni nampak seronok. Tak perlu sewa kedai. Tak perlu bayar pekerja. Malah tak perlu keluar duit untuk buat R&D produk kerana Shaklee dah sediakan semua tu.


Namun demikian untuk kerja dari rumah perlulah semangat disiplin yang kuat. Kita kena buat jadual berapa jam sehari yang perlu diperuntukkan untuk bisnes kerana nama pun part time. Tak mahulah tugas dan tanggungjawab sebagai ibu dan isteri terabai kerana buat bisnes ni.

Walau demikian sebagai seorang yang bekerja dari rumah, penetapan target adalah wajib. Ini adalah supaya kita tidak mudah tersasar dari landasan bisnes.


Kerja dari rumah


Bagusnya kerana setiap hari tak menjadi beban nak pakai baju apa, nak keluar rumah jam berapa seperti ibu-ibu lain yang bekerjaya.

Alhamdulillah walau hanya kerja dari rumah, ia melayakkan saya mempunyai pendapatan bulanan. Kami juga dibekalkan dengan penyata tahunan CP58 dan ia adalah perlu bila nak buat loan rumah atau kereta.

Jika ada yang berminat nak join saya boleh la wasap saya di SINI 

Namun jika anda dah memang nak join kami, boleh aje daftar Express di sini




* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Wednesday, June 21, 2023

7 Amalan Gaya Hidup Yang Sihat

Menjalani gaya hidup sihat adalah kunci untuk mempertahankan kesihatan dan kesejahteraan kita


Pentingnya kita menjaga amalan gaya hidup sihat kerana kesannya bukan minggu depan atau tahun depan tetapi bila kita dah meningkat usia.


Minum Air Secukupnya

 Minum banyak air suam atau air mineral untuk membantu membuang toksin dalam badan, menjaga kesihatan kulit dan juga membantu membakar kalori dalam badan. Memang kita akan rasa kerap nak buang air bila kita kerap minum namun ia bagus untuk proses detox. Pengambilan air sehari yang dicadangkan adalah anggaran 2.5 hingga 3 liter sehari.

7 Amalan Gaya Hidup Yang Sihat


Diet yang Sihat

2.Makan yang cukup tetapi bukan berlebihan. Cara terbaik, makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang. Diet yang seimbang juga penting untuk dapatkan Gaya Hidup yang Sihat. Pengambilan gula yang terkawal dan garam yang minima juga penting untuk kita jaga makan jangka panjang.


Elakkan Merokok

KETAGIHAN merokok antara satu tabiat yang paling sukar dan mencabar untuk diatasi dalam kalangan sebilangan perokok.
Golongan yang mempunyai ketagihan ini terutama perokok tegar pasti tahu bagaimana rasa di saat mereka mencuba untuk berhenti dari merokok.
Salah satu sebab yang kuat mengapa anda perlu berhenti adalah kerana analisa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa golongan perokok berisiko tinggi untuk mendapat komplikasi yang lebih teruk jika dijangkiti COVID-19.

Jom baca artikel ; 5 langkah untuk berhenti merokok

7 Amalan Gaya Hidup Sihat


Bersenam

Bersenam baik untuk kesihatan dan rohani. Lakukan walaupun hanya 20 minit sehari. Sekurang-kurangnya 3 kali seminggu. Bersenam bukan hanya untuk kesihatan tetapi ia juga bagus untuk usaha menurunkan berat badan.


Menguruskan  Stress

Tekanan dalam hidup memang ada, cuma kita kena pandai menguruskannya. Bagi muslim boleh la jadikan aktiviti zikir sebagai riadah yang boleh membantu mengawal tekanan yang datang. Bagi bukan muslim boleh la mendengar muzik rentak perlahan yang menenangkan.


Tidur Berkualiti

Jika anda sukar tidur seperti kerap terjaga ketika tidur atau tidak selesa, pelbagai cara boleh dilakukan bagi mengembalikan ketenangan waktu tidur.

Tidur pada waktu yang sama, setiap hari malah di hujung minggu serta hari cuti. Konsistensi membuatkan badan anda terbiasa dengan kitaran jadual tidur tersebut.

Jangan masuk tidur jika berasa lapar atau terlampau kenyang. Rasa tidak selesa akan membuatkan anda kerap terjaga. Kesan rangsangan nikotina, kafein dan alkohol yang mengambil masa berjam-jam untuk hilang juga akan mengganggu tidur anda.

Lakukan perkara yang sama setiap malam sebelum tidur seperti mandi air panas, membaca buku atau mendengar muzik yang menenangkan sebagai peringatan kepada badan untuk berehat. Elakkan menggunakan peralatan elektronik dalam ritual waktu tidur.


7 Amalan Gaya Hidup  yang Sihat




* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Wednesday, June 14, 2023

Pengedar Shaklee Bukit Payong Paling Popular : Einwellness

Hijrah terbesar saya buat masa ni adalah dari Muar ke Kuala Terengganu. Lebih spesifik lagi adalah kawasan Bukit Payong  sebahagian dari Marang.

Saya berhijrah kerana kakak saya Master Norita mengajak saya berpindah mencari angin baru....terutama selepas mak kami meninggal dunia tahun 2017. 

Pertengahan PKP Malaysia saya nekad nak pindah ke Kuala Terengganu. 

Kebetulan kakak saya telah dapatkan rumah sewa yang sangat selesa dan berdekatan dengan bandar Kuala Terengganu.

Alhamdulillah jika google Ein Shaklee Bukit Payong, mudah nak dapatkan stok Shaklee dari saya.





Stok Sedia Ada.

Kami menyediakan stok terkini untuk pengedar yang berdaftar di bawah organisasi saya.

Pengedar Shaklee Bukit Payong

Sebagai pengedar Shaklee yang dah lama dalam bisnes ni, antara stok popular dan laris adalah Vitalea yang kini dikenali sebagai Vita-Liza, Ostenutrix , Carotomix, ESP Shaklee, CoQ Trol , Vitamin C , Lecithin dan banyak lagi.

Jika anda menetap di sekitar kawasan saya boleh la dapatkan secara COD.


Latihan Sebagai Pengedar

Memandangkan saya berdekatan dengan kakak saya Master Norita maka semua latihan diberikan oleh beliau dan suami. Maka semua organisasi saya layak join.


Penghantaran Seluruh Malaysia.

Kami juga membuat penghantaran seluruh Malaysia menggunakan courier Gdex dan J&T. Maka jika anda berada di mana-mana dalam Malaysia selain Terengganu, kami boleh buatkan penghantaran secara express.


Pengedar Shaklee Bukit Payong



Jika anda berminat nak sertai kami atau dapatkan produk Shaklee dari saya, boleh klik link express ini.

Nak tanya details pasal bisnes Shaklee dari rumah? Boleh aje wasap saya 





Saturday, May 27, 2023

Shaklee Flash Sale sehingga 31 Mei 2023

Selama 6 hari Shaklee mengadakan Shaklee Flash Sale secara online atau boleh juga walk in di branch.

Antara branch yang terlibat Branch Shaklee terkini di Malaysia 

Antaranya Shaklee Kuala Lumpur - Tel: 603-92266691

Ibu Pejabat Shaklee -Tel: 603-56223188

Kota Bharu Shaklee- Tel: 609-7406278

Penang Shaklee  - Tel: 604-3838261

Perak Shaklee  - Tel: 605-2418260

Johor Shaklee - Tel: 607–351 9757

Sabah Shaklee - Tel: 6088-393848



Apa yang ditawarkan dalam Shaklee Flash Sale?

Shaklee Flash Sale

Selain itu tawaran lain adalah 

Shaklee Flash Sale

Siapa yang perlu cuba Vita C Shaklee?


1. Ibu mengandung, ibu menyusu atau ibu selepas bersalin. Mengapa? Sebab pada tahap ini imun ibu adalah kurang berbanding dengan ketika di luar waktu tersebut. 

2. Perokok dan mereka yang bergaul dengan perokok (vita C mudah musnah oleh pencemaran udara iaitu asap rokok, jadi orang yang disekelilingnya akan terkena tempiasnya.) Jika cuaca berjerebu juga sebab itu disarankan orang ramai meningkatkan pengambilan vitamin C.

3. Orang yang mudah selesema dan demam. Untuk tingkatkan imun badan.

4. Individu dalam proses penyembuhan penyakit atau selepas pembedahan.


5. Pesakit anemik (gejala kurang darah)

6. Pesakit berkaitan kardiovaskular seperti jantung, stroke, kolestrol tinggi dan darah tinggi.


7. Orang yang nak improve sexual health

8. Orang yang ingin kulit gebu, anjal dan awet muda.


9. Orang yang selalu stress dan moody


jom baca Testimoni kakak saya dengan ESP Shaklee

Meh register SHAKLEE SECARA EXPRESS 

ATAU boleh wasap jika nak tanya bisnes 




* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Thursday, May 18, 2023

Renewal mudah dengan Shaklee - Keahlian Kekal Aktif

Berbezanya Shaklee dulu dan sekarang, banyak pembaharuan dan kemudahan yang disediakan untuk ahli-ahli Shaklee. Renewal Shaklee sekarang pasti jauh berbeza dengan zaman dulu.

 
Mula-mula dulu, keahlian Shaklee dikatakan seumur hidup. Jadi sekali daftar sahaja dapat keahlian seumur hidup.
 
Namun selepas itu ada perubahan. Jika tak aktif beberapa tahun, keahlian dilucutkan maka perlu daftar semula jika nama sudah tiada dalam sistem Shaklee.
 
Selepas beberapa tahun Shaklee rombak semula dan bestnya pula untuk kekal aktif itu sangat mudah.
 

Syarat yang ditetapkan tidak nampak membebankan. Kini Renewal mudah dengan Shaklee. Untuk kekal aktif pembelian produk yang punya mata ganjaran terus melayakkan ahli kekal aktif.

 

 

Bestnya dengan pembelian satu tube Herbal Blend pun boleh terus aktifkan kealian tahunan kita. 
 
Tidak ke sangat mudah?
 
Selain prouk vitamin, Skin Care Youth Shaklee juga adalah pembelian yang melayakkan Renewal Shaklee Malaysia.
 
Bukan la semestinya pembelian vitamin semata-mata.
 

Bila dah kekal aktif, mudahlah kita nak buat pembelian dan dapatkan harga ahli selain insentif lain yang Shaklee sediakan.

 
Boleh la kita terus usaha dapatkan Cash Rebate dengan Shaklee sebagai satu langkah yang boleh jimatkan perbelanjaan vitamin bulanan yang kita sekeluarga amalkan.
 
Pada saya menjadi ahli Shaklee yang aktif sangat menguntungkan. Jika ada kawan yang nak beli atau cuba produk Shaklee, mereka boleh order melalui saya.
 
Lebih menarik lagi, Shaklee yang menguruskan penghantaran produk kepada customer kita. Kita perlu dapatkan tracking dan serahkan pada customer.
 
 
Adakah anda berminat nak menjadi ahli Shaklee dan buat bisnes secara dropship? Jom saya boleh bantu.
 
Paling utama,   >> JOIN SEBAGAI AHLI SHAKLEE <<<   terlebih dahulu.
 
Kemudian saya akan sharekan bagaimana nak jana pendapatan dengan Shaklee.
 
Jika ada kemusykilan, boleh WASAP SAYA untuk kita sembang lebih lanjut pasal bisnes.
 
 
 
Pengedar Shaklee Bukit Payong 
Ready Stock
 




* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Cash Rebate - Dapat la makan vitamin percuma

Ada orang mungkin suka berjual kerana untung runcit yang mereka terima hasil jualan barang. Dulu pernah ada kawan ajak jual produk yang mana untuk jual 1 unit adalah dalam RM5. Kalau 10 unit dah dapat RM50. 

Namun saya minat dengan Shaklee lagi. Mungkin ramai yang tak tahu, bila kita ahli Shaklee, belian mencukupi syarat mata ganjaran yang ditetapkan melayakkan kita menerima cash rebate. 


Zaman saya join Shaklee dulu-dulu, kalau tak update no akaun Shaklee akan bayar dalam bentuk cek walaupun hanya RM22. Unik kan?

Dulu belian dalam RM480 dah layak dapat 5% ...hanya guna sendiri dan tanpa downline pun boleh layak dapat cash rebate. Best kan?

Namun orang kata, alang-alang seluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. So alang-alang buat , kita cuba la dapatkan cash rebate yang besar sikit.

Cash Rebate

Masa awal-awal dulu saya cuma berkongsi dengan sedara mara sepupu sepapat aje...kawan-kawan sekolah ada juga la yang suka mencuba. Awal-awal dapat dalam 2-3 ratus buat saya happy betul.

Siapa nak bagi kan?

Bila kita sendiri makan dan kongsikan dengan orang yang ada masalah macam kita , ia menjadi satu yang bermanfaat.

Antara vitamin kegemaran saya adalah Lecithin. Selain makan untuk turunkan berat badan , masalah pembuangan juga jadi sangat lancar.

Kakak saya adalah orang yang bertanggungjawab bawak saya ke dunia Shaklee. 

Bila mak pun makin sihat dan mata lebih jelas lepas amal Vivix buat saya lebih yakin dan seronok nak berkongsi.


Kakak saya rajin bawak mak ke Miri semasa beliau duduk di Miri dulu. Ada masa saya dan anak saya akan teman mak ke Miri. Menetap la kami di sana dalam 5-6 hari kemudian balik ke Muar semula.

Dari situ saya teruja nak buat bisnes ni...kerana boleh diurus dari rumah dan anak juga tak perlu hantar pengasuh. Semua boleh kita urus di rumah sendiri.

Sampai sekarang, alhamdulillah merasa la cash rebate dengan belian dan perkongsian yang saya buat dengan ahli keluarga dan orang kampung.

Cash rebate ni la saya gunakan untuk beli vitamin Shaklee setiap bulan. Ianya sungguh menjimatkan. Bagi yang bekerja dan buat bisnes ni part time. cash rebate yang mereka perolehi boleh la buat beli vitamin bulanan tanpa mengusik duit gaji sekalipun terutama jika dah capai 4 angka, ia sangat lumayan.

Jika anda seorang surirumah, jika anak pun dah besar, boleh la cuba buat Shaklee ni part time. Adakala ia menjadi asbab untuk kita melihat dunia dan hebatnya kuasa Allah.

Saya dah lihat kakak saya dapat pergi Umrah dengan Shaklee hampir setiap tahun dan bawa kami sekeluarga berjalan-jalan.  Moga saya juga merasa seperti kakak saya dapat dengan Shaklee.

Benar setiap kita rezeki tak sama, tapi kalau kita tak cuba, kita sesekali takkan tahu bahagian kita yang Allah nak beri.


Memula saya juga macam anda, blur dan tak tahu tapi bila selalu bertanya dan belajar, alhamdulillah nampak la jalannya.

Jika anda berminat nak dapatkan CASH REBATE dari Shaklee macam saya, jangan la segan...boleh aje WASAP saya untuk lebih lanjut.



* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Wednesday, April 26, 2023

Hari Raya dengan Shaklee | Pengedar Shaklee Bukit Payong

Tahun 2023 ni special tau Raya kali ni...rezeki anak-anak jugak la sebenarnya.

Bulan puasa aritu kakak saya dah beri hadiah Raya yang sangat istimewa iaitu Shaklee Youth Set. Mula-mula terperanjat juga namun saya tahu akak saya suka bagi hadiah yang mengejut sempena musim perayaan.

Hari Raya dengan Shaklee tahun ni lebih bermakna....

Hari Raya dengan Shaklee

Pada umur saya 30++ ni, adalah waktu yang kena usaha jaga kecantikan. Taknak la tua sebelum usia.

Memang kita amal makan vitamin, tapi itu untuk dalaman. Luaran juga sama penting.

Kita pula terdedah dengan banyak pencemaran udara, dengan orang bakar sampah nya, asap rokok..belum lagi sinar UV/A dan UV/B dari sinar matahari.

Walaupun kita amal makan vitamin C dan ESP secara konsisten, namun penjagaan kulit sama penting.

Umur 30 an dan 40 an adalah waktu yang biasanya wanita dah kurang ambil berat tentang penjagaan kulit muka.

Ramai juga wanita hari ini yang membiarkan wajah mereka penuh dengan pigmentation atau bahasa mudah kita kenali sebagai jeragat.

Hari Raya dengan Shaklee

Apa yang saya tahu, masalah jeragat banyak terjadi pada mereka yg berumur 30-an ke atas.

Bila kita berumur 30-an kulit kita sudah matang. Maksudnya proses untuk menghasilkan kolagen lebih rendah berbanding dari waktu umur kita belasan tahun.

Macam saya ni, selalu aje keluar masuk rumah...hantar anak, amik anak...jadi pasti lah terdedah dengan sinar UV dari cahaya matahari.

Sebenarnya kulit kita sendiri akan usaha menjaga dari kerosakan akibat pendedahan matahari iaitu dengan menghasilkan banyak melanin iaitu pigment yang hasilkan warna gelap pada kulit. 

Makin banyak melanin di bawah kulit itu akan berwarna gelap la kawasan kulit tersebut. Maka kulit akan nampak bertompok-tompok.

Sebab itu penting tau guna sunblock yang tinggi SPF nya.

Hakikatnya pemakaian sunblock sedikit sebanyak, ia membantu kulit kita dari terkena sinaran UV yang merbahaya. 

Jadi Kulit kita tidak perlu menghasilkan banyak melanin untuk menghalang sinaran UV tersebut, ini kerana dah ada sunblock kita yang kita pakai membantu menghalan sinaran UV.

Hari Raya dengan Shaklee

Namun secara keseluruhan , Shaklee Youth Set ini diperbuat dari bahan semulajadi yang selamat digunakan selain BERKESAN.









Paling utama tiada bahan yang boleh merbahayakan kulit dalam jangka panjang.

Hari Raya dengan Shaklee la kita tahun ni.... selain produk makan, time ni la nak melawa ...

Anda berminat nak dapatkan produk ni? Nak lebih jimat jadi ahli.

Meh KLIK EXPRESS AHLI untuk pendaftaran ahli dengan kami.

Youth Shaklee ni tak semestinya terus beli set, kalau nak cuba satu satu pun boleh aje. Cuma kalau nak dapat best result, amik dulu basic aje...

Hari Raya dengan Shaklee


Jika ada pertanyaan tentang produk ni, boleh la wasap saya 

di 013-9993499

Atau KLIK SINI UNTUK SEMBANG BISNES DENGAN SAYA 










* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Sunday, April 9, 2023

Berat naik seiring bilangan hari puasa | Shaklee Bukit Payong

Bulan puasa adalah bulan yang ramai mengambil peluang untuk membuat pembersihan usus, pembetulan diet makanan dan bulan untuk mendapatkan kesihatan yang optimum.

Namun sayangnya ada segelintir golongan yang mempunyai masalah yang mencabar apabila mereka berpuasa seperti orang lain namun malangnya berat badan makin bertambah.

Berat makin bertambah akan memberi tekanan kepada lutut kita untuk mengampu tubuh badan kita bergerak.

Ada yang cuba menyalahkan pengambilan vitamin, ini kerana mereka baru amalkan vitamin sejak awal puasa.

Namun adakah kalian tahu mengapa berat badan naik hatta berpuasa selama 13 jam?

Antara kesilapan segelintir golongan ini adalah kerana mereka masih mewajibkan diri berbuka dengan karbohaidrat. Pada mereka, takkan puas jika tak makan nasi dan lauk pauk.

Bukan itu saja, malah golongan ini merasakan penting untuk bersahur dengan nasi untuk pastikan badan bertenaga sepanjang berpuasa.

Tidak cukup dengan itu, mereka menjadikan minuman bergula adalah sumber tenaga badan tapi sayangnya itulah antara punca mengapa berat badan naik seiring dengan bilangan hari berpuasa.

Sebenarnya bukanlah kita tak boleh langsung berbuka atau bersahur dengan nasi, sebenarnya boleh cuma tak perlu la makan dengan sangat banyak sehingga membuatkan badan kita terbeban untuk memprosesnya. 

Berbuka atau bersahur dengan nasi memadai jika kita makan untuk semangkuk kecil sahaja. Ini kerana kita takkan mati jika tak ambil karbohaidrat. kepentingan tubuh kita adalah lebih kepada berapa pengambilan air yang kita ambil untuk meneruskan hari-hari berpuasa esoknya.

Suku Suku Separuh ialah panduan pengambilan hidangan tunggal. Anda hanya perlu “membahagikan” pinggan anda seperti berikut: ¼ pinggan bijirin atau produk bijirin, semestinya bijirin penuh seperti nasi perang atau roti mil penuh. ¼ pinggan ikan atau ayam itik, daging atau telur.

Berat Naik Walau Berpuasa.

Cadangan pengambilan menu suku-suku separuh sangat membantu kita perbaiki diet harian kita. Menjadi cabaran la sedikit untuk mendapatkan menu begini kerana juadah berbuka pasar Ramadhan lebih tertumpu kepada pelbagai jenis minuman berperisa, kuih muih, nasi ayam atau nasi budget dan lauk pauk termasuk ikan bakar.

Cadangan lain untuk mengawal selera makan yang membuak-buak, kami pengedar Shaklee Bukit Payong menyarankan pengambilan , Energy Cinch Tea Mix sebagai minuman yang membantutkan selera manis selain pengambilan Minuman Cinch Shakes yang membantu memberikan rasa kenyang lebih lama.

Berat naik walau berpuasa
Manfaat Cinch Tea Mix Shaklee


Ada 3 jenis minuman yang sesuai diambil terutama semasa sahur. Jom kita lihat comparison dia.


Berat naik walau berpuasa

Setiap minuman kesihatan itu mempunyai kebaikan yang tersendiri. Namun peranan paling utama adalah memberi rasa kenyang yang lama dan kita kekal cergas walau berpuasa.

Jika anda orang yang bijak mengambil peluang, jom dapatkkan vitamin ini bagi mendapatkan berat yang ideal dan kesihatan yang optimum.

Hubungi kami, Pengedar Shaklee Bukit Payong di 013-9993499 atau 


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Sunday, April 2, 2023

Promo April Shaklee hanya RM99 : Pengedar Shaklee Bukit Payong

Promo April Shaklee : Pengedar Shaklee Bukit Payong

Promo Shaklee April


Tak sangka dekat-dekat nak Raya ni ada promo Rahmah dari Shaklee! Hanya RM99 boleh dapatkan 2 jenis produk yang memang viral! Vitamin C Shaklee dan ESP! Wah murahnya!

Bayangkan dalam keadaan kita nak pakai banyak duit nak raya, anak nak naik sekolah.. ada pulak offer yang tidak boleh ditolak! MasyaAllah heaven betul la!

Rasanya ramai yang tahu bahawa 1 biji Vitamin C Shaklee bersamaan dengan 7 setengah biji Oren! Maka waktu ni lah penjimatan yang paling banyak!

ESP pula memang bantu untuk dapatkan kulit yang flawless! 

Boleh la minum tanpa berjimat! 

Jika anda baru nak cuba, meh terus register jadi ahli. Free aje. Bayangkan hanta RM109 dapat 2 jenis produk yang best dan dapat membership percuma! Siapa nak bagi walaupun hanya RM35 harga keahlian?

Dulu pernah register? Boleh cek dalam sistem nama masih ada atau dah dipadamkan. Jika dah 2 tahun tiada apa-apa pembelian, Shaklee akan terus lupuskan nama ahli tadi nak bagi peluang orang lain jadi ahli. Maka ia takkan mengunnakan banyak penyimpanan data untuk ahli yang tidak aktif.

Nak jadi ahli : Register Keahlian Shaklee di SINI 

Jika beli 2 set ini pula dapat lagi penjimatan yang hebat! Jimat lagi RM10 dan set ini kita boleh kongsi dengan mak ayah atau adik beradik yang lain!

Best kan?

 

Bagi anda yang dah sedia ada menjadi ahli juga tidak ketinggalan dapat menikmati set Rahmah ini.

Malah jika ada yang nak renew, inilah peluangnya!

 

Promo Shaklee April

Promo April Shaklee : Pengedar Shaklee Bukit Payong

Anda boleh dapatkan ready stock dari saya Pengedar Shaklee Bukit Payong.




* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Wednesday, March 22, 2023

Keburukan Intermittent Fasting Yang Ramai Tak Tahu | Pengedar Shaklee Bukit Payong

Dalam semua perkara dalam kehidupan, pasti ada baik dan buruknya. Walaupun Intermittent Fasting yang terkenal dengan hasil yang sangat membransangkan untuk dapatkan berat yang ideal serta kehidupan yang lebih baik, namun ia tetap ada kelemahan dan keburukan tanpa kita sedari.

 

Keburukan Interminttent Fasting

Allah menciptakan tubuh manusia ini dengan pelbagai hormone yang mempunyai tugas yang berbeza. Hormon Ghrelin diciptakan untuk menghantar signal lapar kepada otak manakala hormone yang menghantar signal kenyang dikenali sebagai Hormon Leptin. Dalam kelas baru ni, Dr Redza menerangkan bahawa masa yang diambil oleh hormone Leptin ini menghantar sigal kenyang ke otak adalah 10 minit. Tetapi uniknya Hor,om Ghrelin hanya mengambil masa beberapa saat sahaja untuk menghantar signal lapar ke otak

Bila kita lihat info ini, ia sama dengan sunnah yang disarankan oleh Rasulullah saw, iaitu makan ketika lapar tapi berhenti sebelum kenyang.

Intermittent Fasting boleh dilakukan dalam pilihan fasa yang kita mahu. Ia boleh dilakukan dalam tempoh 12 jam, 16 jam, 18 jam , 24 jam hingga 72 jam! Wow!

Namun sempena Ramadhan ni, kita boleh aje mulakan dengan 12 atau 16 jam, tak perlu sampai 72 jam.

Saya kongsikan juga artikel Berpuasa Dengan Set Puasa Shaklee 

Apa sebenarnya yang berlaku semasa proses kita berpuasa?

Tahukah kita proses Fat Burning atau Bakar Lemak berlaku semasa kita berpuasa. So di sini saya nak kongsikan pula tentang authopagy. Apa dia Autophagy ni?

Keburukan Itermittent Fasting

 

Autophagy adalah satu proses dimana sel yang sihat akan memakan sel yang tidak sihat atau rosak. Autophagy dikatakan proses yang membantu pembaharuan sel. Ia akan membersihkan badan pada tahap cellular. Hakikatnya dalam badan kita ni terdapat banyak sel yang hampir rosak, maka autophagy ni la yang membantu untuk menapis sel-sel ini dan baiki ianya semula.

 

Gula dan protien yang berlebihan boleh membentuk AGE protien dan ini akan merosakkan sel dalam badan kita. Maka bila kita berpuasa, sistem autophagy ini akan bantu baiki semua sel dan ibarat dia memperelokkan interior dakan rumah kita.

 

Now saya nak share Keburukan Intermittent Fasting walaupun kita tahu kebaikan autophagy ini amat la bagus semasa kita berpuasa.

  1. Kemusnahan Kolagen dalam Badan

    Badan kita mengandungi 70 peratus air manakala 30 peratus lagi adalah protein termasuklah kolagen.  Bayangkan kita dah seronok dapat turunkan berat badan dengan menjalankan puasa IF tapi dalam masa yang sama tanpa kita sedar kita kehilangan kolagen dalam badan. Kita perlu juga tahu autophagy yang berlaku semasa kita lakukan Intermittent Fasting akan menggalakkan kemusnahan penghasilan natural kolagen. Ini bermakna kolagen sedia ada yang badan hasilkan akan semakin berkurangan.

     2. Menghalang peningkatan Kolagen -

kerana inilah menyebab berlakunya penuaan dan        kemerosotan             kulit serta keguguran rambut. Maka golongan wanita kena alert , jangan terlalu  asyik fokus turunkan berat badan tanpa disedari badan dalam keadaan yang bahaya. 

 

      3. Mengalami masalah keletihan yang melampau -

Protien dalam bentuk kolagen memberikan kebaikan dan tenaga dalam tubuh kita. Jika kita kekurangan kolagen, badan kitab oleh menjadi letih yang melampau kerana kekurangan nutrisi micronutriensdan minerals.Tidak hairan ada orang yang buat Intermittent Fasting , ada result yang best tapi sayangnya rambut cepat gugur , kulit Nampak kusam , wajah Nampak berumur , tulang jadi tak kuat , sakit-sakit badan dan sebagainya. Munkin inilah penyebabnya.

 

Badan kita memerlukan kolagen terutama wanita dan ketika kita membuat Intermittent Fasting dan autophagy berlaku ,  90 peratus kolagen type 1 membantu yang berkaitan rambut , kulit , kuku . tulang dan logamen serta menyokong penghasilan kulit yang lebih muda.

Ada dalam kajian yang menyatakan Resveratrol dapat meningkatkan dan menyokong autophagy.

Untungnya pengamal produk kesihatan Shaklee kerana Shaklee mempunyai 2 produk yang kaya dengan resveratrol dan polifenol.  Supplement ini membantu dan menyokong untuk pengamal IF mendapatkan berat yang ideal dan dalam masa yang sama ia memastikan badan lengkap dengan micronutrien dan nutrisi.

Jika nak tahu lebih lanjut boleh hubungi Pengedar Shaklee Bukit Payong serta cara makan yang betul serta dapatkan result yang berkesan bila anda buat belian dari kami.

 







* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Monday, March 6, 2023

Doa Pelaris Perniagaan yang Mudah

Membaca artikel kakak saya Master Norita Idris tentang Pelaris Perniagaan, menarik perhatian saya. Teringat akan Doa Pelaris Perniagaan yang saya biasa amal.

Dari awal penglibatan saya dalam bisnes Shaklee ni, saya mula dengan amalan doa pelaris perniagaan. Banyak doa yang arwah mak bagi suruh saya amal. Syukurlah doanya pendek-pendek dan mudah diamal selepas solat.

Doa Pelaris Perniagaan

Antara zikir doa pelaris perniagaan yang saya amalkan adalah antaranya ;

Subhanallah wabihamdih Subhanallahil Azim Astagfirullah

Dalam Riwayat lain diceritakan datang seorang sahabat yang mengeluh kepada Rasululllah SAW dan berkata:  "Yaa Rasulullah, kenapa dunia seolah-olah tidak menginginkanku. Semua usahaku bangkrut, peternakan dan pertanianku pun selalu gagal panen".

Sambil tersenyum Nabi pun mengajarkan tentang tasbihnya para malaikat serta tasbihnya alam semesta.

"Subhanallah Wa Bihamdihi Subhanallahil Adzim Astagfirullah"

Lalu Nabi Muhammad SAW bersabda, "Bacalah seratus kali sebelum terbit fajar. Maka dunia akan memohon kepada Allah agar engkau miliki, mengejarmu tanpa engkau mengejarnya."

Selang beberapa bulan kemudian, sahaabt tersebut kembali lagi dan bercerita.

"Yaa Rasulullah, sekarang aku bingung dengan hartaku kemana aku harus letakan hasil usaha dan peternakanku, karena banyaknya."

Demikian di riwayatkan oleh Al Khatib Al Baghdadi dari Imam Malik Rahimahullah.

 

 

Doa Pelaris Perniagaan



Antara doa lain yang bagus amal adalah 

“Inna haza larizquna maalahu minnafad”
– Surah Sad Ayat 54.
Maksudnya, “Sesungguhnya ini ialah pemberian Kami kepada kamu, pemberian yang tidak akan habis-habis”.
Tips : Amalkan 33x lepas solat, In shaa Allah rezeki tidak putus2
 
Bukan ini sahaja, malah amalan membaca surah Al Waqiah juga merupakan satu doa pelaris perniagaan yang sangat bagus diamalkan.
Amalan membaca Surah Al-Waqiah sebanyak 14 kali selepas selesai menunaikan solat Asar, Insya Allah anda akan dikurniakan oleh Allah dengan kekayaan serta dimurahkan rezeki yang berlimpah-ruah dalam pelbagai bentuk rezeki.
 
Doa mudah dan pendek ini menjadikan ia mudah untuk diamal. 
 
 
Jom amal, supaya kita beroleh bisnes yang maju dan penuh keberkatan.
 
Pengedar Shaklee Bukit Payong.
EinWellness

 

 




* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Monday, February 13, 2023

Pengedar Shaklee Aktif Bukit Payong | Ready Stock

Pengedar Shaklee Bukit Payong | Ready Stok


Alhamdulillah saya berpindah ke Kuala Terengganu , area Bukit Payong bila kakak saya ajak pindah. Ditambah mak dah meninggal 2017, dapatlah saya merasa berhijrah ke negeri Pantai Timur. 
Kebetulan kami pindah sini 2001 hujung tahun semasa baru habis PKP. Maka berpindahlah kami dari Muar ke Kuala Terengganu dan kini menjadi Pengedar Shaklee Aktif Bukit Payong dengan Ready Stock.
Pengedar Shaklee  Aktif Bukit Payong | Ready Stock
Promosi sehingga 28 Februari 2023




Syukur juga saya dapat menjadi pembantu kakak saya bila beliau mempunyai urusan luar Terengganu, maka customer boleh dapatkan produk Shaklee dari saya. 
Hijrah yang membawa banyak kebaikan kerana anak saya dapat bersekolah di sekolah Agama yang berdekatan dengan rumah. Alhamdulillah jiran taman dan orang kampung juga sangat baik dan ramah.

Selama berada di sini, banyak produk yang mendapat permintaan terutama dari kawasan Marang dan Bukit Payong. Antara produk yang menjadi minat customer ialah Ostenutrix, Vivix, ResV, Omega paling banyak orang order, ESP dan Performance drink. Sebenarnya banyak lagi produk Shaklee yang best.

Memandangkan kami mempunyai organisasi seluruh Malaysia, so saya juga ingin mengajak anda yang bijak untuk menyertai bisnes Shaklee dan mendapat manfaat yang boleh diperolehi, antaranya :


Pengedar Shaklee  Aktif Bukit Payong | Ready Stock
Berbaloi menjadi ahli Shaklee


🍒boleh dapatkan produk Shaklee dengan harga ahli

🍒 Boleh buat online secara 24/7 dan cawangan Shaklee seluruh Malaysia

🍒 Boleh dapatkan rundingan kesihatan dari Pakar nutrisi Shaklee dan di branch Shaklee

🍒 Boleh menikmati promosi Shaklee dari masa ke semasa.

🍒Panduan pemakanan dan cadangan produk Shaklee

🍒 Kami mendapat bimbingan dari Doktor dan Pakar nutrisi shaklee.

🍒 Manfaat lain dinikmati bila kita mula buat bisnes dengan serius.






Bagi anda yang berada di sekitar Kuala Terengganu , Marang atau Bukit Payong boleh dapatkan produk Shaklee atau ingin menjadi ahli, adalah sangat dialu-alukan. Hubungi saya segera untuk dapatkan produk atau cadangan produk yang sesuai untuk anda.


Jika berminat jadi ahli boleh DAFTAR SINI.


Pengedar Shaklee  Aktif Bukit Payong | Ready Stock
Pengedar Shaklee  Aktif Bukit Payong | Ready Stock



Sedang usaha nak diet dan nak tahu tentang Intermittent Fasting? Boleh baca sini.

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.