Showing posts with label Motivasi. Show all posts
Showing posts with label Motivasi. Show all posts

Wednesday, June 21, 2023

7 Amalan Gaya Hidup Yang Sihat

Menjalani gaya hidup sihat adalah kunci untuk mempertahankan kesihatan dan kesejahteraan kita


Pentingnya kita menjaga amalan gaya hidup sihat kerana kesannya bukan minggu depan atau tahun depan tetapi bila kita dah meningkat usia.


Minum Air Secukupnya

 Minum banyak air suam atau air mineral untuk membantu membuang toksin dalam badan, menjaga kesihatan kulit dan juga membantu membakar kalori dalam badan. Memang kita akan rasa kerap nak buang air bila kita kerap minum namun ia bagus untuk proses detox. Pengambilan air sehari yang dicadangkan adalah anggaran 2.5 hingga 3 liter sehari.

7 Amalan Gaya Hidup Yang Sihat


Diet yang Sihat

2.Makan yang cukup tetapi bukan berlebihan. Cara terbaik, makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang. Diet yang seimbang juga penting untuk dapatkan Gaya Hidup yang Sihat. Pengambilan gula yang terkawal dan garam yang minima juga penting untuk kita jaga makan jangka panjang.


Elakkan Merokok

KETAGIHAN merokok antara satu tabiat yang paling sukar dan mencabar untuk diatasi dalam kalangan sebilangan perokok.
Golongan yang mempunyai ketagihan ini terutama perokok tegar pasti tahu bagaimana rasa di saat mereka mencuba untuk berhenti dari merokok.
Salah satu sebab yang kuat mengapa anda perlu berhenti adalah kerana analisa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa golongan perokok berisiko tinggi untuk mendapat komplikasi yang lebih teruk jika dijangkiti COVID-19.

Jom baca artikel ; 5 langkah untuk berhenti merokok

7 Amalan Gaya Hidup Sihat


Bersenam

Bersenam baik untuk kesihatan dan rohani. Lakukan walaupun hanya 20 minit sehari. Sekurang-kurangnya 3 kali seminggu. Bersenam bukan hanya untuk kesihatan tetapi ia juga bagus untuk usaha menurunkan berat badan.


Menguruskan  Stress

Tekanan dalam hidup memang ada, cuma kita kena pandai menguruskannya. Bagi muslim boleh la jadikan aktiviti zikir sebagai riadah yang boleh membantu mengawal tekanan yang datang. Bagi bukan muslim boleh la mendengar muzik rentak perlahan yang menenangkan.


Tidur Berkualiti

Jika anda sukar tidur seperti kerap terjaga ketika tidur atau tidak selesa, pelbagai cara boleh dilakukan bagi mengembalikan ketenangan waktu tidur.

Tidur pada waktu yang sama, setiap hari malah di hujung minggu serta hari cuti. Konsistensi membuatkan badan anda terbiasa dengan kitaran jadual tidur tersebut.

Jangan masuk tidur jika berasa lapar atau terlampau kenyang. Rasa tidak selesa akan membuatkan anda kerap terjaga. Kesan rangsangan nikotina, kafein dan alkohol yang mengambil masa berjam-jam untuk hilang juga akan mengganggu tidur anda.

Lakukan perkara yang sama setiap malam sebelum tidur seperti mandi air panas, membaca buku atau mendengar muzik yang menenangkan sebagai peringatan kepada badan untuk berehat. Elakkan menggunakan peralatan elektronik dalam ritual waktu tidur.


7 Amalan Gaya Hidup  yang Sihat




* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Saturday, May 27, 2023

Kata kata Motivasi | Penguat semangat diri

Motivasi adalah api yang membara di dalam diri setiap individu. 

Kata-kata motivasi memiliki kekuatan yang luar biasa untuk memberi inspirasi, menggerakkan, dan mendorong kita menuju kejayaan. 

Mereka adalah bahan bakar yang membantu kita mengatasi rintangan, mengubah kegagalan menjadi ksebuah hasil, dan membangunkan semangat yang takkan goyah

Ketika kita merasa putus asa atau kehilangan arah, kata-kata motivasi mampu memberikan sinar terang dalam kegelapan. 

Mereka adalah pemandu yang memandu kita melalui jalan yang sulit, mengingatkan kita tentang tujuan yang ingin dicapai, dan memberikan keberanian untuk terus maju.

Kata-kata motivasi boleh datang dari berbagai sumber. 

Mereka boleh terbina dari tokoh-tokoh inspiratif, seperti pemimpin hebat, penulis yang terkenal, atau orang-orang yang telah mencapai pencapaian yang luar biasa dalam kehidupan mereka. 

Kata-kata motivasi juga boleh berasal dari pengalaman pribadi atau kata-kata bijak yang telah diwariskan dari generasi sebelumnya.

Yang penting, kata-kata motivasi bukan sekadar rangkaian huruf atau kalimat-kalimat yang terucap. 

Mereka membawa kekuatan yang nyata jika kita mahu menerimanya dan mengaplikasikannya dalam kehidupan sehari-hari. 

Kata-kata motivasi adalah pemukul yang mendorong kita untuk keluar dari zon selesa, melepaskan diri dari batasan diri sendiri, dan mengejar impian dengan tekad yang kuat.

Ketika kita mendengar atau membaca kata-kata motivasi, mereka menciptakan getaran positif di dalam diri kita. 

Mereka membuat kita percaya bahwa segala sesuatu itu mungkin, bahwa tidak ada batasan yang tidak dapat diatasi. 

Kata-kata motivasi memberikan kekuatan untuk melangkah maju, meskipun rintangan yang datang tidak terkira banyaknya

Namun, penting untuk diingat bahwa kata-kata motivasi hanya awal dari perjalanan. 

Mereka hanyalah pemicu untuk tindakan nyata yang kita ambil. 


Namun kita perlu mengambil langkah-langkah tetap untuk merealisasikan impian kita.

Kata-kata motivasi memberikan inspirasi, namun kita yang harus bertindak.

Jadi, jangan hanya berpegang pada kata-kata motivasi semata. 

Jadikan mereka sebagai pendorong, tetapi tetaplah bertindak.

Lakukan perubahan positif dalam hidup, hadapi rintangan dengan keberanian, dan tetaplah berpegang pada impian diri. 

Dengan kata-kata motivasi dan tindakan yang konsisten, kita akan mampu meraih impian dan kejayaan yang kita inginkan.

Dalam hidup ini, kata-kata motivasi adalah seperti bintang yang menyinari malam gelap. 

Mereka memberikan harapan dan memandu kita melintasi jalan yang sulit. 

Jadi, mari terus mencari kata-kata motivasi yang membangkitkan semangat kita dan mengubah hidup kita. 

Jangan pernah meremehkan kekuatan sebuah kata, karena satu kata motivasi mampu mengubah sebuah kehidupan manusia.


Kata kata motivasi






* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Monday, October 2, 2017

Gagal SPM bukan penamat hidup

Tanpa sedar dah 5 tahun lebih saya berada dalam Shaklee....dan alhamdulillah masih setia sehingga hari ini. Sebelum buat Shaklee full time, pernah juga kerja sebagai sales girl dekat supermarket atau kerja admin....tapi semuanya tak bertahan.

Gagal SPM bukan penamat hidup

Saya selesa dengan bisnes Shaklee kerana bisnes ni serasi dengan jiwa saya....

Dan bisnes ini telah membuktikan bahawa gagal SPM tak bermakna gagal seluruh kehidupan.

SPM saya biasa-biasa aje....tapi bisnes ni hanya memerlukan kerajinan dan minat yang tinggi selain berusaha secara berterusan.

Jika dulu, saya tak pernah membayangkan saya mampu mempunyai kereta saya sendiri....alhamdulilah walau usahakan Shaklee dari rumah saya mampu beli sebuah kereta.

Mengapa saya memilih Shaklee?

Pertama kerana saya sendiri makan produk ini. Sejak zaman sekolah lagi saya dah makan produk ini. Cuma saya lebih konsiten selepasa saya mempunyai keluarga.

Sejarah makan Shaklee.....saya makan sejak zaman sekolah lagi. Masa tu sekolah menengah lagi...dalam tingkatan 3. Berat saya masa tu 80 kg lebih [ over weight] dan kakak saya suruh makan Lecithin untuk kurus. Paling dahsyat dia suruh saya makan secara kunyah. La ni aje baru la saya telan. Tapi kagumnya hasilnya sangat ketara kerana selepas itu barulah saya dapat berat yang sesuai dengan umur saya waktu tu iaitu 55 kg.

Kedua ; bisnes yang mudah di uruskan melalui rumah. Saya pula jenis susah nak bagi anak saya orang lain jaga. Saya lebih suka jaga anak saya sendiri. So bisnes ni sangat sesuai dengan saya. Boleh dibuat hanya dari rumah atau di mana saja janji ada internet.

Ketiga ; usahakan sesuatu yang ada hasil memanglah satu yang seronok. Lebih seronok jika ada bukti. Maksud saya bisnes Shaklee ni menyediakan slip pendapatan dan dengan slip ni amat mudah bagi saya sorang surirumah nak buat loan kereta. Dengan slip pendapatan Shaklee seorang surirumah mempunyai peluang untuk memiliki kereta malah rumah juga boleh asal cukup syarat.




* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

 Untuk maklumat lanjut mengenai produk Shaklee, Ingin Tahu tentang promosi Shaklee,Tempahan serta pembelian produk shaklee, daftar keahlian Shaklee atau menjana pendapatan dari rumah, sila hubungi saya
 Facebook : NORAZLINA MOHD IDRIS Shaklee ID : 804347
Gmail : Irdinashaklee@gmail.com
Blogger : DUNIAVITAMINIRDINA.BLOGSPOT.COM

Call / sms / whatsapp : 012-994-4503 @ 013-999-34-99