Showing posts with label Vivix Bukit Payong. Show all posts
Showing posts with label Vivix Bukit Payong. Show all posts

Saturday, August 26, 2023

Doa untuk Wanita

Setiap hari kita disarankan punya masa untuk solat, mengaji dan riadah selain dipenuhi dengan masa memikul tanggungjawab lain seperti surirumah atau memegang jawatan dalam kerjaya.


Doa untuk wanita




Antara 3 doa pendek yang bagus kita amalkan adalah :






  • DOA KHAWATIR HATIMU BERPALING DARI HIDAYAH.

رَبَّنَا لَا تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنْتَ الْوَهَّاب

RABBANA LAA TUZIGH QULUU BANAA BA’DA IDZ HADAITANAA WAHAB LANA MILLADUNKA RAHMATAN, INNAKA ANTAAL WAHHAB.

Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pesongkan hati kami kepada kesesatan setelah Engkau berikan petunjuk kepada kami, dan karuniakanlah kepada kami rahmat dari sisiMu, sesungguhnya Engkau Maha Pemberi. (QS. 3),





  • DOA APABILA TERIMA KESUSAHAN.

حَسْبِيَ اللَّهُ لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ عَلَيْهِ تَوَكَّلْتُ وَهُوَ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ

HASBI YALLAH LAA ILAAHA ILLAA HUWA ‘ALAIHI TAWAK KALTU WA HUWA RABBUL ‘ARSYIL ‘ADHIIM.

Cukuplah Allah bagiku; tidak ada Tuhan selain Dia. Hanya kepadaNya aku bertawakal, dan Dia adalah Tuhan yang memiliki Arsy (singgahasana) yang agung. (QS. 9 : 129).




  • DOA MEMOHON KEPADA ALLAH AGAR SOLAT KITA BESERTA KELUARGA TERJAGA.

رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيمَ الصَّلاةِ وَمِنْ ذُرِّيَّتِي رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاءِ

RABBIJ ‘ALNII MUQIIMASH SHALAATI WA MIN DZUR RIYYATI RABBANA WA TAQABBAL DU’AA.

Ya Tuhanku, jadikanlah aku dan anak cucuku orang yang tetap melaksanakan solat, ya Tuhan kami, perkenankanlah doa kami. (QS. 14 : 40).


 


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Monday, June 12, 2023

Testimoni Shaklee - berjuang melawan batuk kering

Segala yang Allah dah tetapkan pasti akan berlaku. Saya bersyukur kerana Allah menemukan saya dengan Shaklee sejak usia saya masa sekolah rendah lagi. 

Cerita ini adalah testimoni Shaklee saya yang menjadi satu pengalaman dalam hidup saya. 




Saya dapat tahu suami saya mengidap Tibi atau nama lain dipanggil batuk kering. Macam -macam ubat doktor bekalkan dan saya tak sanggup melihat beliau sakit terutama bila diserang batuk.

Saya mula google apa benda tentang penyakit ni....

Batuk kering atau dikenali sebagai Tubercolosis @ TB merupakan jangkitan pada paru-paru dan akan merebak ke mana-mana bahagian tubuh. ️Penyakit berjangkit ini boleh membawa maut jika tidak dirawat. 

️Batuk kering ini disebabkan oleh kuman mycobacterium bacillus yang ditemui oleh Dr. Robert Koch pada 24 Mac 1882 di Jerman, berwama merah, halus dan hanya boleh dilihat menggunakan mikroskop.

Testimoni Shaklee



Tanda-tanda Batuk Kering adalah seperti berikut :

📍 Kerap batuk dan batuk melebihi 2 minggu.
📍 Selera makan berkurang.
📍 Berat badan menyusut.
📍 Demam.
📍 Berpeluh di waktu malam.
📍 Mengalami batuk berdarah.

Oh berbalik pada kisah suami saya ....


Beliau menjerit dan meraung kesakitan. Otaknya rasa sakit yang amat. Tak dapat saya nak gambarkan bila beliau melalui benda ni pada waktu itu.


Saya telefon kakak saya, meminta pendapat apakah yang boleh bantu mengurangkan apa yang dirasai suami saya.

Masa tu kakak saya masih di Miri Sarawak. 

Kakak saya rekomen beberapa produk yang boleh diambil oleh suami untuk meredakan yang dirasainya.

Namun produk utama yang saya bersyukur wujud pada ketika itu adalah Vivix.

Bagaimana Vivix Membantu Masalah Batuk Kering?

Testimoni Shaklee



✔ RESVERATROL yang terkandung di dalam Vivix mampu membantu mengurangkan inflamansi atau keradangan dan membersihkan saluran pernafasan.

✔ RESVERATROL telah terbukti berkesan membantu mengurangkan pertumbuhan sel tumor paru-paru pada penghidap Batuk Kering.

✔ 4 bahan utama Vivix iaitu Anggur Muscadine, Knotweed (Polygonum Cuspidatum), Eldeberry Eropah & Purple Carrot mengadungi antioksida yang tinggi dan anti-viral  membantu meningkatkan sistem imunisasi tubuh.

Ia seperti tonik ajaib untuk suami saya. 

Alhamdulillah dengan izin Allah nampak perubahan. Perlahan-lahan suami saya berhenti telan ubat-ubat yang doktor berikan.

Batuk pun mula berkurang dan secara beransur beliau mula sembuh dari sakit kepala yang beliau hadapi sebelum ini.

Antara vitamin lain yang beliau amalkan ialah Multivitamin [ Vitalea], Vitamin C, Garlic, Ostematrix, Alfalfa dan pastinya Vivix. 

Kena makan konsisten baru nampak hasilnya.

Alhamdulillah kini beliau dah sihat sediakala. Dapat pergi kerja macam biasa.

Allah bagi sedikit ujian untuk lihat hati hamba-hambaNya.


Jika anda mempunyai masalah yang sama, boleh la cuba amalkan vitamin yang saya nyatakan.

Link express ini untuk anda terus join ahli , dan dapat membuat pembelian dengan harga ahli.


Jika nak tahu lebih details tentang Shaklee atau cara buat duit dari rumah dengan shaklee, boleh terus wasap saya di sini.


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Saturday, May 27, 2023

Kata kata Motivasi | Penguat semangat diri

Motivasi adalah api yang membara di dalam diri setiap individu. 

Kata-kata motivasi memiliki kekuatan yang luar biasa untuk memberi inspirasi, menggerakkan, dan mendorong kita menuju kejayaan. 

Mereka adalah bahan bakar yang membantu kita mengatasi rintangan, mengubah kegagalan menjadi ksebuah hasil, dan membangunkan semangat yang takkan goyah

Ketika kita merasa putus asa atau kehilangan arah, kata-kata motivasi mampu memberikan sinar terang dalam kegelapan. 

Mereka adalah pemandu yang memandu kita melalui jalan yang sulit, mengingatkan kita tentang tujuan yang ingin dicapai, dan memberikan keberanian untuk terus maju.

Kata-kata motivasi boleh datang dari berbagai sumber. 

Mereka boleh terbina dari tokoh-tokoh inspiratif, seperti pemimpin hebat, penulis yang terkenal, atau orang-orang yang telah mencapai pencapaian yang luar biasa dalam kehidupan mereka. 

Kata-kata motivasi juga boleh berasal dari pengalaman pribadi atau kata-kata bijak yang telah diwariskan dari generasi sebelumnya.

Yang penting, kata-kata motivasi bukan sekadar rangkaian huruf atau kalimat-kalimat yang terucap. 

Mereka membawa kekuatan yang nyata jika kita mahu menerimanya dan mengaplikasikannya dalam kehidupan sehari-hari. 

Kata-kata motivasi adalah pemukul yang mendorong kita untuk keluar dari zon selesa, melepaskan diri dari batasan diri sendiri, dan mengejar impian dengan tekad yang kuat.

Ketika kita mendengar atau membaca kata-kata motivasi, mereka menciptakan getaran positif di dalam diri kita. 

Mereka membuat kita percaya bahwa segala sesuatu itu mungkin, bahwa tidak ada batasan yang tidak dapat diatasi. 

Kata-kata motivasi memberikan kekuatan untuk melangkah maju, meskipun rintangan yang datang tidak terkira banyaknya

Namun, penting untuk diingat bahwa kata-kata motivasi hanya awal dari perjalanan. 

Mereka hanyalah pemicu untuk tindakan nyata yang kita ambil. 


Namun kita perlu mengambil langkah-langkah tetap untuk merealisasikan impian kita.

Kata-kata motivasi memberikan inspirasi, namun kita yang harus bertindak.

Jadi, jangan hanya berpegang pada kata-kata motivasi semata. 

Jadikan mereka sebagai pendorong, tetapi tetaplah bertindak.

Lakukan perubahan positif dalam hidup, hadapi rintangan dengan keberanian, dan tetaplah berpegang pada impian diri. 

Dengan kata-kata motivasi dan tindakan yang konsisten, kita akan mampu meraih impian dan kejayaan yang kita inginkan.

Dalam hidup ini, kata-kata motivasi adalah seperti bintang yang menyinari malam gelap. 

Mereka memberikan harapan dan memandu kita melintasi jalan yang sulit. 

Jadi, mari terus mencari kata-kata motivasi yang membangkitkan semangat kita dan mengubah hidup kita. 

Jangan pernah meremehkan kekuatan sebuah kata, karena satu kata motivasi mampu mengubah sebuah kehidupan manusia.


Kata kata motivasi






* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Thursday, May 18, 2023

Renewal mudah dengan Shaklee - Keahlian Kekal Aktif

Berbezanya Shaklee dulu dan sekarang, banyak pembaharuan dan kemudahan yang disediakan untuk ahli-ahli Shaklee. Renewal Shaklee sekarang pasti jauh berbeza dengan zaman dulu.

 
Mula-mula dulu, keahlian Shaklee dikatakan seumur hidup. Jadi sekali daftar sahaja dapat keahlian seumur hidup.
 
Namun selepas itu ada perubahan. Jika tak aktif beberapa tahun, keahlian dilucutkan maka perlu daftar semula jika nama sudah tiada dalam sistem Shaklee.
 
Selepas beberapa tahun Shaklee rombak semula dan bestnya pula untuk kekal aktif itu sangat mudah.
 

Syarat yang ditetapkan tidak nampak membebankan. Kini Renewal mudah dengan Shaklee. Untuk kekal aktif pembelian produk yang punya mata ganjaran terus melayakkan ahli kekal aktif.

 

 

Bestnya dengan pembelian satu tube Herbal Blend pun boleh terus aktifkan kealian tahunan kita. 
 
Tidak ke sangat mudah?
 
Selain prouk vitamin, Skin Care Youth Shaklee juga adalah pembelian yang melayakkan Renewal Shaklee Malaysia.
 
Bukan la semestinya pembelian vitamin semata-mata.
 

Bila dah kekal aktif, mudahlah kita nak buat pembelian dan dapatkan harga ahli selain insentif lain yang Shaklee sediakan.

 
Boleh la kita terus usaha dapatkan Cash Rebate dengan Shaklee sebagai satu langkah yang boleh jimatkan perbelanjaan vitamin bulanan yang kita sekeluarga amalkan.
 
Pada saya menjadi ahli Shaklee yang aktif sangat menguntungkan. Jika ada kawan yang nak beli atau cuba produk Shaklee, mereka boleh order melalui saya.
 
Lebih menarik lagi, Shaklee yang menguruskan penghantaran produk kepada customer kita. Kita perlu dapatkan tracking dan serahkan pada customer.
 
 
Adakah anda berminat nak menjadi ahli Shaklee dan buat bisnes secara dropship? Jom saya boleh bantu.
 
Paling utama,   >> JOIN SEBAGAI AHLI SHAKLEE <<<   terlebih dahulu.
 
Kemudian saya akan sharekan bagaimana nak jana pendapatan dengan Shaklee.
 
Jika ada kemusykilan, boleh WASAP SAYA untuk kita sembang lebih lanjut pasal bisnes.
 
 
 
Pengedar Shaklee Bukit Payong 
Ready Stock
 




* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Cash Rebate - Dapat la makan vitamin percuma

Ada orang mungkin suka berjual kerana untung runcit yang mereka terima hasil jualan barang. Dulu pernah ada kawan ajak jual produk yang mana untuk jual 1 unit adalah dalam RM5. Kalau 10 unit dah dapat RM50. 

Namun saya minat dengan Shaklee lagi. Mungkin ramai yang tak tahu, bila kita ahli Shaklee, belian mencukupi syarat mata ganjaran yang ditetapkan melayakkan kita menerima cash rebate. 


Zaman saya join Shaklee dulu-dulu, kalau tak update no akaun Shaklee akan bayar dalam bentuk cek walaupun hanya RM22. Unik kan?

Dulu belian dalam RM480 dah layak dapat 5% ...hanya guna sendiri dan tanpa downline pun boleh layak dapat cash rebate. Best kan?

Namun orang kata, alang-alang seluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. So alang-alang buat , kita cuba la dapatkan cash rebate yang besar sikit.

Cash Rebate

Masa awal-awal dulu saya cuma berkongsi dengan sedara mara sepupu sepapat aje...kawan-kawan sekolah ada juga la yang suka mencuba. Awal-awal dapat dalam 2-3 ratus buat saya happy betul.

Siapa nak bagi kan?

Bila kita sendiri makan dan kongsikan dengan orang yang ada masalah macam kita , ia menjadi satu yang bermanfaat.

Antara vitamin kegemaran saya adalah Lecithin. Selain makan untuk turunkan berat badan , masalah pembuangan juga jadi sangat lancar.

Kakak saya adalah orang yang bertanggungjawab bawak saya ke dunia Shaklee. 

Bila mak pun makin sihat dan mata lebih jelas lepas amal Vivix buat saya lebih yakin dan seronok nak berkongsi.


Kakak saya rajin bawak mak ke Miri semasa beliau duduk di Miri dulu. Ada masa saya dan anak saya akan teman mak ke Miri. Menetap la kami di sana dalam 5-6 hari kemudian balik ke Muar semula.

Dari situ saya teruja nak buat bisnes ni...kerana boleh diurus dari rumah dan anak juga tak perlu hantar pengasuh. Semua boleh kita urus di rumah sendiri.

Sampai sekarang, alhamdulillah merasa la cash rebate dengan belian dan perkongsian yang saya buat dengan ahli keluarga dan orang kampung.

Cash rebate ni la saya gunakan untuk beli vitamin Shaklee setiap bulan. Ianya sungguh menjimatkan. Bagi yang bekerja dan buat bisnes ni part time. cash rebate yang mereka perolehi boleh la buat beli vitamin bulanan tanpa mengusik duit gaji sekalipun terutama jika dah capai 4 angka, ia sangat lumayan.

Jika anda seorang surirumah, jika anak pun dah besar, boleh la cuba buat Shaklee ni part time. Adakala ia menjadi asbab untuk kita melihat dunia dan hebatnya kuasa Allah.

Saya dah lihat kakak saya dapat pergi Umrah dengan Shaklee hampir setiap tahun dan bawa kami sekeluarga berjalan-jalan.  Moga saya juga merasa seperti kakak saya dapat dengan Shaklee.

Benar setiap kita rezeki tak sama, tapi kalau kita tak cuba, kita sesekali takkan tahu bahagian kita yang Allah nak beri.


Memula saya juga macam anda, blur dan tak tahu tapi bila selalu bertanya dan belajar, alhamdulillah nampak la jalannya.

Jika anda berminat nak dapatkan CASH REBATE dari Shaklee macam saya, jangan la segan...boleh aje WASAP saya untuk lebih lanjut.



* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Sunday, April 9, 2023

Berat naik seiring bilangan hari puasa | Shaklee Bukit Payong

Bulan puasa adalah bulan yang ramai mengambil peluang untuk membuat pembersihan usus, pembetulan diet makanan dan bulan untuk mendapatkan kesihatan yang optimum.

Namun sayangnya ada segelintir golongan yang mempunyai masalah yang mencabar apabila mereka berpuasa seperti orang lain namun malangnya berat badan makin bertambah.

Berat makin bertambah akan memberi tekanan kepada lutut kita untuk mengampu tubuh badan kita bergerak.

Ada yang cuba menyalahkan pengambilan vitamin, ini kerana mereka baru amalkan vitamin sejak awal puasa.

Namun adakah kalian tahu mengapa berat badan naik hatta berpuasa selama 13 jam?

Antara kesilapan segelintir golongan ini adalah kerana mereka masih mewajibkan diri berbuka dengan karbohaidrat. Pada mereka, takkan puas jika tak makan nasi dan lauk pauk.

Bukan itu saja, malah golongan ini merasakan penting untuk bersahur dengan nasi untuk pastikan badan bertenaga sepanjang berpuasa.

Tidak cukup dengan itu, mereka menjadikan minuman bergula adalah sumber tenaga badan tapi sayangnya itulah antara punca mengapa berat badan naik seiring dengan bilangan hari berpuasa.

Sebenarnya bukanlah kita tak boleh langsung berbuka atau bersahur dengan nasi, sebenarnya boleh cuma tak perlu la makan dengan sangat banyak sehingga membuatkan badan kita terbeban untuk memprosesnya. 

Berbuka atau bersahur dengan nasi memadai jika kita makan untuk semangkuk kecil sahaja. Ini kerana kita takkan mati jika tak ambil karbohaidrat. kepentingan tubuh kita adalah lebih kepada berapa pengambilan air yang kita ambil untuk meneruskan hari-hari berpuasa esoknya.

Suku Suku Separuh ialah panduan pengambilan hidangan tunggal. Anda hanya perlu “membahagikan” pinggan anda seperti berikut: ¼ pinggan bijirin atau produk bijirin, semestinya bijirin penuh seperti nasi perang atau roti mil penuh. ¼ pinggan ikan atau ayam itik, daging atau telur.

Berat Naik Walau Berpuasa.

Cadangan pengambilan menu suku-suku separuh sangat membantu kita perbaiki diet harian kita. Menjadi cabaran la sedikit untuk mendapatkan menu begini kerana juadah berbuka pasar Ramadhan lebih tertumpu kepada pelbagai jenis minuman berperisa, kuih muih, nasi ayam atau nasi budget dan lauk pauk termasuk ikan bakar.

Cadangan lain untuk mengawal selera makan yang membuak-buak, kami pengedar Shaklee Bukit Payong menyarankan pengambilan , Energy Cinch Tea Mix sebagai minuman yang membantutkan selera manis selain pengambilan Minuman Cinch Shakes yang membantu memberikan rasa kenyang lebih lama.

Berat naik walau berpuasa
Manfaat Cinch Tea Mix Shaklee


Ada 3 jenis minuman yang sesuai diambil terutama semasa sahur. Jom kita lihat comparison dia.


Berat naik walau berpuasa

Setiap minuman kesihatan itu mempunyai kebaikan yang tersendiri. Namun peranan paling utama adalah memberi rasa kenyang yang lama dan kita kekal cergas walau berpuasa.

Jika anda orang yang bijak mengambil peluang, jom dapatkkan vitamin ini bagi mendapatkan berat yang ideal dan kesihatan yang optimum.

Hubungi kami, Pengedar Shaklee Bukit Payong di 013-9993499 atau 


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Tuesday, March 28, 2023

Vitamin C bukan hanya untuk cantik.

Vitamin C bukan hanya untuk cantik, tapi banyak manfaat dan kepentingan lain yang badan kita perlukan.

Walaupun Vitamin C terkenal  sebagai vitamin antioksidan selain memberi kecantikan pada wajah serta memberi

rasa muda sentiasa namun tahukah kita , badan kita memerlukan vitamin C lebih dari hanya kecantikan?

 

Kekurangan vitamin C ini boleh membawa kepada beberapa masalah kesihatan seperti anemia, keletihan, kelesuan, pendarahan secara tiba-tiba, sakit pada anggota badan terutama pada bahagian kaki, bengkak di beberapa bahagian badan, risiko kehilangan gigi serta ulser gusi.

Vitamin C bukan hanya untuk cantik

Kelemahan Vitamin C

Pengambilan Vitamin C pula tidak la boleh diambil secara berlebihan dari dos yang disarankan kecuali kita jatuh

sakit atas nasihat doktor. Pengambilannya pula tidak digalakkan diambil dalam perut yang kosong dikhuatiri akan

menyebabkan ulser pada perut.

 Badan kita tak mampu nak hasilkan sendiri vitamin ini, lebih malang ia vitamin yang mudah rosak akibat haba yang

tinggi dan stress yang tidak dapat dikawal.

Dengan ini kita dapat simpulkan bahawa vitamin C sangat penting bukan hanya untuk cantik.

Vitamin C bukan hanya untuk cantik.

 

Tubuh badan kita memerlukan vitamin antioksidan kerana banyak fungsi.

Antaranya adalah membantu meningkatkan sistem pertahanan badan , membantu mencegah penyakit skurvi, mengukuhkan dinding salur darah  dan menolong pembentukan tisu  iaitu kolagen.

Selain mengurangkan stress, membantu menurunkan kadar kolestrol jahat [ LDL] selain melambatkan penuaan,

membantu kecerahan pada kulit serta melambatkan kedutan akibat penuaan.

Bila kita dah tahu betapa pentingnya Vitamin C, maka jom mulai sekarang jangan culas makan vitamin C.

Lebih istimewa saya nak kongsikan bahawa sebiji vitamin C bersamaan dengan 7 setengah biji Oren. Jika anda mampu untuk menyediakan hidangan buah yang banyak setiap hari, mungkin tidak menjadi masalah. 

Namun cabaran kita hari ini adalah buah yang dijual kebanyakkan adalah buah GMO iaitu buah yang telah diubah genetiknya.

Maka pengambilan supplement adalah salah satu cara kita nak atasi jurang yang terdapat dalam nutrisi harian kita.

Selain mencari vitamin yang bagus, kita perlu mencari vitamin yang setara dengan harga yang kita bayar.

 


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Monday, March 27, 2023

Mengapa perlu B Complex untuk kurus? | Pengedar Shaklee Bukit Payong

B Complex perlu untuk kurus, tapi ramai yang tidak tahu.

B complex untuk kurus

Aktiviti kita akan mula menjadi masalah bila berat kita mula berlebihan. Berlaga peha, sakit lutut, susah duduk bersila biasa menjadi tanda berat kita ada masalah. 

Bila keadaan ini berlaku, memang ramai yang usaha mencari ubat kurus. Ada banyak aje ubat kurus hari ini yang ada dalam pasaran. Walaupun banyak syarikat pengeluar yang beri jaminan ia berkesan namun personalannya adakah ia selamat untuk jangka panjang?

Apa kata kita cuba pula vitamin yang memang baik untuk kesihatan. Lebih jelas mempunyai fungsi yang baik untuk badan.Mungkin ramai yang dah pernah dengar tentang minyak ikan seperti Omega dan Leciithin yang yang dikenali bagus untuk bakar lemak secara langsung menurunkan berat badan. 

Tapi tahukah kalian antara produk yang membantu kita kurus juga termasuklah vitamin B Complex?

Vitamin B kompleks memainkan peranan penting di dalam sistem metabolisme tubuh badan iaitu mengubah lemak, karbo dan protein menjadi sumber tenaga atau asid amino.

B complex untuk kurus

Saya suka B complex Shaklee kerana ia lengkap dengan 8 kumpulan vitamin B.

  1. Thiamin (B-1),
  2. Riboflavin (B-2),
  3. Niacin (B-3),
  4. Pantothenic acid (B-5),
  5. Pyridoxine (B-6),
  6. Folic acid (B-9)
  7. Cobalamin (B-12)
  8. Biotin.

 

Kita dimomokkan B complex boleh menggemukkan kerana ia membuka selera makan kita. Namun selepas saya dah mengenali Shaklee lebih 10 tahun, saya rasa ia tidak seperti yang digembar gemburkan.

Apa yang boleh saya kongsikan adalah B complex perlu untuk kurus :

1. B12 adalah  faktor dalam metabolisme karbohaidrat

2.B1 penting untuk pecahan karbohaidrat dan membantu menukarkan glukos[ gula ringkas] dan karbohaidrat kepada tenaga.
Kekurangan vitamin B1 untuk akan menyebabkan glukos dan karbohaidrat hanya tersimpan dalam badan. Apabila ia berterusan, ia akan menjadi salah satu punca berat badan bertambah, kegemukkan dan hilang bentuk tubuh badan yang asal.

3.B6 sangat penting dan diperlukan untuk penukaran glikogen[ tenaga yang tersimpan ] kepada glukos[ gula dalam darah].

Maka pada saya secara peribadi vitamin B complex memang membantu dalam pembakaran glukos dan karbohaidrat menjadi tenaga. Pengambilan air sangat penting dalam membantu proses berjalan dengan lebih lancar.

Teringat zaman belajar kat sekolah dulu, kakak saya Master Norita sangat mementingkan pengambilan B complex dan Lecithin. Walaupun tujuan utama untuk fokus dan kuat daya ingatan dalam pembelajaran, namun secara langsung sangat membantu saya dapatkan berat yang ideal.

Jika anda berminat nak dapatkan Vitamin B compex untuk turunkan berat badan, boleh hubungi saya di 

 

FB : Pengedar Shaklee Kuala Terengganu
Email : Irdinashaklee@gmail.com

WASAP : 60139993499 

 



* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Wednesday, March 22, 2023

Keburukan Intermittent Fasting Yang Ramai Tak Tahu | Pengedar Shaklee Bukit Payong

Dalam semua perkara dalam kehidupan, pasti ada baik dan buruknya. Walaupun Intermittent Fasting yang terkenal dengan hasil yang sangat membransangkan untuk dapatkan berat yang ideal serta kehidupan yang lebih baik, namun ia tetap ada kelemahan dan keburukan tanpa kita sedari.

 

Keburukan Interminttent Fasting

Allah menciptakan tubuh manusia ini dengan pelbagai hormone yang mempunyai tugas yang berbeza. Hormon Ghrelin diciptakan untuk menghantar signal lapar kepada otak manakala hormone yang menghantar signal kenyang dikenali sebagai Hormon Leptin. Dalam kelas baru ni, Dr Redza menerangkan bahawa masa yang diambil oleh hormone Leptin ini menghantar sigal kenyang ke otak adalah 10 minit. Tetapi uniknya Hor,om Ghrelin hanya mengambil masa beberapa saat sahaja untuk menghantar signal lapar ke otak

Bila kita lihat info ini, ia sama dengan sunnah yang disarankan oleh Rasulullah saw, iaitu makan ketika lapar tapi berhenti sebelum kenyang.

Intermittent Fasting boleh dilakukan dalam pilihan fasa yang kita mahu. Ia boleh dilakukan dalam tempoh 12 jam, 16 jam, 18 jam , 24 jam hingga 72 jam! Wow!

Namun sempena Ramadhan ni, kita boleh aje mulakan dengan 12 atau 16 jam, tak perlu sampai 72 jam.

Saya kongsikan juga artikel Berpuasa Dengan Set Puasa Shaklee 

Apa sebenarnya yang berlaku semasa proses kita berpuasa?

Tahukah kita proses Fat Burning atau Bakar Lemak berlaku semasa kita berpuasa. So di sini saya nak kongsikan pula tentang authopagy. Apa dia Autophagy ni?

Keburukan Itermittent Fasting

 

Autophagy adalah satu proses dimana sel yang sihat akan memakan sel yang tidak sihat atau rosak. Autophagy dikatakan proses yang membantu pembaharuan sel. Ia akan membersihkan badan pada tahap cellular. Hakikatnya dalam badan kita ni terdapat banyak sel yang hampir rosak, maka autophagy ni la yang membantu untuk menapis sel-sel ini dan baiki ianya semula.

 

Gula dan protien yang berlebihan boleh membentuk AGE protien dan ini akan merosakkan sel dalam badan kita. Maka bila kita berpuasa, sistem autophagy ini akan bantu baiki semua sel dan ibarat dia memperelokkan interior dakan rumah kita.

 

Now saya nak share Keburukan Intermittent Fasting walaupun kita tahu kebaikan autophagy ini amat la bagus semasa kita berpuasa.

  1. Kemusnahan Kolagen dalam Badan

    Badan kita mengandungi 70 peratus air manakala 30 peratus lagi adalah protein termasuklah kolagen.  Bayangkan kita dah seronok dapat turunkan berat badan dengan menjalankan puasa IF tapi dalam masa yang sama tanpa kita sedar kita kehilangan kolagen dalam badan. Kita perlu juga tahu autophagy yang berlaku semasa kita lakukan Intermittent Fasting akan menggalakkan kemusnahan penghasilan natural kolagen. Ini bermakna kolagen sedia ada yang badan hasilkan akan semakin berkurangan.

     2. Menghalang peningkatan Kolagen -

kerana inilah menyebab berlakunya penuaan dan        kemerosotan             kulit serta keguguran rambut. Maka golongan wanita kena alert , jangan terlalu  asyik fokus turunkan berat badan tanpa disedari badan dalam keadaan yang bahaya. 

 

      3. Mengalami masalah keletihan yang melampau -

Protien dalam bentuk kolagen memberikan kebaikan dan tenaga dalam tubuh kita. Jika kita kekurangan kolagen, badan kitab oleh menjadi letih yang melampau kerana kekurangan nutrisi micronutriensdan minerals.Tidak hairan ada orang yang buat Intermittent Fasting , ada result yang best tapi sayangnya rambut cepat gugur , kulit Nampak kusam , wajah Nampak berumur , tulang jadi tak kuat , sakit-sakit badan dan sebagainya. Munkin inilah penyebabnya.

 

Badan kita memerlukan kolagen terutama wanita dan ketika kita membuat Intermittent Fasting dan autophagy berlaku ,  90 peratus kolagen type 1 membantu yang berkaitan rambut , kulit , kuku . tulang dan logamen serta menyokong penghasilan kulit yang lebih muda.

Ada dalam kajian yang menyatakan Resveratrol dapat meningkatkan dan menyokong autophagy.

Untungnya pengamal produk kesihatan Shaklee kerana Shaklee mempunyai 2 produk yang kaya dengan resveratrol dan polifenol.  Supplement ini membantu dan menyokong untuk pengamal IF mendapatkan berat yang ideal dan dalam masa yang sama ia memastikan badan lengkap dengan micronutrien dan nutrisi.

Jika nak tahu lebih lanjut boleh hubungi Pengedar Shaklee Bukit Payong serta cara makan yang betul serta dapatkan result yang berkesan bila anda buat belian dari kami.

 







* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Tuesday, March 21, 2023

Pengedar Shaklee Bukit Payong : Jom Kurus sebelum raya dengan Set Kurus Shaklee.

Bulan Ramadhan ni pasti ramai ada plan untuk memastikan bulan ini dapat memberi kebaikan dan manfaat sepenuhnya.

Jom kurus sebelum Raya dengan Set Kurus Shaklee.

Bagi yang nak sihat dan nak kurus, bulan ni la kita kena amik peluang sepenuhnya. Namun ada segelintir yang tidak mempunyai perubahan langsung hatta puasa sebulan penuh. Ini biasa untuk mereka yang tidak dapat mengawal selera makan ketika berbuka puasa ditambah lagi jika ada makanan moreh disediakan.

Apakata tahun ni kita cuba kurus dengan Set Kurus Shaklee?

Set Kurus Shaklee dengan nama lain set Hello New You mengandungi 5 jenis nutrisi yang best untuk puasa secara langsung untuk kurus. Wah best kan?

 

Set Kurus Shaklee

Mengapa kena cuba Set Kurus Shaklee?

🧿 Sistem pencernaan berjalan  lebih baik dan mengelakkan masalah sembelit.

🧿 Cergas dan bertenaga sepanjang seharian berpuasa

🧿 Berat badan dapat diturunkan dan dapat berat yang ideal secara langsung meningkatkan keyakinan diri.

 

Apakah supplement yang terdapat dalam Set Kurus Shaklee?

Cinch Shake

Lecithin dan Omega

Herblax

Untuk booster boleh tambah Vivix.

 

Manfaat setiap produk :

Cinch Shakes

Set Kurus Shaklee

 

Omega Guard dan Lecithin

Set Kurus Shaklee

Omega Guard 

🥝 Proses bakar lemak dapat dipercepatkan dan ia membantu meningkatkan kadar metabolik serta  daya sensitif insulin tubuh dapat dipertingkatkan untuk membantu mengawal selia lemak. Menjalani  proses penyulingan molekul proprietari tiga peringkat.

Lecithin

🥝

Emulsi dari sumber semula jadi kacang soya. Selain mempercepatkan proses bakar lemak dalam tubuh , ia juga mencegah pengumpulan lemak dalam organ hati dan membantu menyingkirkan toksin dari hati.

 

Booster - Vivix 

Vivix merupakan cadangan kepada mereka yang mempunyai keinginan mendapatkan berat ideal yang lebih menepati BMI. Ini kerana Vivix adalah supplement yang bertindak sehingga ke DNA tubuh kita.

Ia Mengandungi nutrisi yang kaya dengan polifenol dan resveratrol yang membantu menurunkan berat badan dengan 3 cara iaitu kaya dengan antioksidan.  Bila terdapatnya polifenol dan resveratrol , ia akan membantu melindungi sel badan dari peringkat DNA dan menjaga agar sel tidak mudah rosak. Memandangkan ia bertindak terus dari DNA, maka proses pemecahan lemak dan pengecutan sel lemak akan lebih baik. Bestnya Vivix ni adalah membekalkan tenaga dan metabolisme booster. Polifenol dan Resveraterol meningkatkan penghasilan tenaga di peringkat mitokondria iaitu kilang tenaga sel badan.

 

Bagi yang yang bijak untuk mengambil peluang yang Shaklee sediakan, pembelian set Hello New You ini akan membantu anda mendapatkan kesihatan yang baik, berat yang ideal dan masa depan yang menarik bersama Shaklee. Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut, boleh hubungi saya melalui wasap dibawah.

Set Kurus Shaklee


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Monday, March 6, 2023

Sahur perlu makan berat?

MasyaAllah tak lama aje lagi puasa Ramadhan. Pasti ramai yang usaha ganti puasa sebelum buka buku baru Ramadhan tahun ni. Bila cerita Puasa Ramadhan, pasti dah terbayang nanti akan bersahur apa.

 Apa itu sahur sebenarnya? Sahur mengikut Kamus Dewan adalah

Definisi : berjaga; makan ~ makan selepas waktu tengah malam sebelum terbit fajar dlm bulan Ramadan (juga dlm bulan lain bagi orang yg hendak berpuasa); bersahur makan sahur (Kamus Dewan Edisi Keempat)

Sahur

 

Makan sahur ini biasanya untuk memastikan kita bertenaga sepanjang berpuasa.  Kalau masa saya kecil dulu, mak akan siapkan lauk pauk bersahur untuk seisi keluarga. Macam makan tengahari tapi hanya masa berbeza. Kami akan makan anggaran jam 5 pagi. Biasa dalam sejam sebelum waktu solat Subuh. 

Ada juga mereka yang suka makan sebelum tidur. Ini kerana mereka rasa sukar untuk bangun awal dan makan. Jadi mereka menjadikan amalan makan sebelum tidur. Namun ada bahayanya juga kerana ia akan mudah menjadikan berat badan kita bertambah. Gula dari makanan tidak dapat ditukarkan semasa kita tidur dan ia akan disimpan sebagai lemak.

Sahur

 

Rasulullah menyarankan umatnya untuk melambatkan sahur. 

Kita disunnahkan untuk melewatkan sahur. Perkataan itu sendiri merujuk kepada akhir malam atau sepertiga akhir malam. Ini seperti firman Allah:

وَبِالْأَسْحَارِ هُمْ يَسْتَغْفِرُونَ

(maksudnya) “Pada waktu sahur mereka memohon keampunan” (Surah Ali ‘Imran: 17).

Bersahur terlalu awal bukanlah sesuatu yang digalakkan sebaliknya disunnahkan melewatkannya.

 

Adakah memang kita kena makan yang berat seperti nasi berlauk sebagai persediaan untuk pastikan kita bertenaga sepanjang berpuasa siang hari? Saya rasa mak -mak kita dulu hanya nak pastikan kita kenyang dan tidak merengek meminta makanan selagi belum masuk waktu berbuka.

 

Kelebihan bersahur 


Besarnya rahmat Allah, sehingga seseorang yang bangun bersahur agar dia bertenaga esok harinya ketika berpuasa, dihitung sebagai ibadah yang diberi ganjaran. “Bersahurlah, sesungguhnya pada sahur itu ada keberkatan”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Sungguh, sebenarnya sahur itu tidak la semestinya kita mengamalkan makanan yang berat seperti nasi berlauk pauk , memadai sekadar air kosong bersama beberapa biji tamar. Sebab itu bulan puasa sangat sinonim dengan buah kurma.

Bagi yang mempunyai masalah gastrik adalah sangat digalakkan bersahur sebelum berpuasa. 





* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Doa Pelaris Perniagaan yang Mudah

Membaca artikel kakak saya Master Norita Idris tentang Pelaris Perniagaan, menarik perhatian saya. Teringat akan Doa Pelaris Perniagaan yang saya biasa amal.

Dari awal penglibatan saya dalam bisnes Shaklee ni, saya mula dengan amalan doa pelaris perniagaan. Banyak doa yang arwah mak bagi suruh saya amal. Syukurlah doanya pendek-pendek dan mudah diamal selepas solat.

Doa Pelaris Perniagaan

Antara zikir doa pelaris perniagaan yang saya amalkan adalah antaranya ;

Subhanallah wabihamdih Subhanallahil Azim Astagfirullah

Dalam Riwayat lain diceritakan datang seorang sahabat yang mengeluh kepada Rasululllah SAW dan berkata:  "Yaa Rasulullah, kenapa dunia seolah-olah tidak menginginkanku. Semua usahaku bangkrut, peternakan dan pertanianku pun selalu gagal panen".

Sambil tersenyum Nabi pun mengajarkan tentang tasbihnya para malaikat serta tasbihnya alam semesta.

"Subhanallah Wa Bihamdihi Subhanallahil Adzim Astagfirullah"

Lalu Nabi Muhammad SAW bersabda, "Bacalah seratus kali sebelum terbit fajar. Maka dunia akan memohon kepada Allah agar engkau miliki, mengejarmu tanpa engkau mengejarnya."

Selang beberapa bulan kemudian, sahaabt tersebut kembali lagi dan bercerita.

"Yaa Rasulullah, sekarang aku bingung dengan hartaku kemana aku harus letakan hasil usaha dan peternakanku, karena banyaknya."

Demikian di riwayatkan oleh Al Khatib Al Baghdadi dari Imam Malik Rahimahullah.

 

 

Doa Pelaris Perniagaan



Antara doa lain yang bagus amal adalah 

“Inna haza larizquna maalahu minnafad”
– Surah Sad Ayat 54.
Maksudnya, “Sesungguhnya ini ialah pemberian Kami kepada kamu, pemberian yang tidak akan habis-habis”.
Tips : Amalkan 33x lepas solat, In shaa Allah rezeki tidak putus2
 
Bukan ini sahaja, malah amalan membaca surah Al Waqiah juga merupakan satu doa pelaris perniagaan yang sangat bagus diamalkan.
Amalan membaca Surah Al-Waqiah sebanyak 14 kali selepas selesai menunaikan solat Asar, Insya Allah anda akan dikurniakan oleh Allah dengan kekayaan serta dimurahkan rezeki yang berlimpah-ruah dalam pelbagai bentuk rezeki.
 
Doa mudah dan pendek ini menjadikan ia mudah untuk diamal. 
 
 
Jom amal, supaya kita beroleh bisnes yang maju dan penuh keberkatan.
 
Pengedar Shaklee Bukit Payong.
EinWellness

 

 




* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Monday, February 27, 2023

COD VIVIX SHAKLEE | PENGEDAR SHAKLEE BUKIT PAYONG












COD VIVIX, PENGEDAR SHAKLEE , PENGEDAR VIVIX SHAKLEE

COD PRODUK SHAKLEE seluruh Malaysia.

 

Assalamualaikum saya Ein Pengedar Shaklee, Agen Shaklee, Pengedar Vivix Shaklee dengan lebih 100 AGEN COD SHAKLEE seluruh Malaysia yang dibimbing oleh Doktor, Saintis dan Pakar Nutrisi Syarikat.

COD produk Shaklee seperti ResV, ESP , MealShakes, Cinch Chocolate, Ostematrix, Omega  turut saya sediakan.

 

Kami turun menyediakan konsultasi dan cadangan nasihat vitamin yang sesuai mengikut keadaan pesakit serta merujuk kepada Doktor.


COD Vivix Shaklee

Pengalaman saya Guna Shaklee sejak tahun 1999 yang diperkenalkan oleh kakak saya Master Norita dan pengalaman saya buat Shaklee Online sejak 2014.

 

COD Vivix Shaklee

2023 ini adalah tahun yang ke 9 saya Buat Bisnes Online Shaklee. Alhamdulillah.

 

 

Contact saya di

013 9993499

untuk COD Shaklee atau Daftar Ahli Shaklee



















* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Wednesday, July 21, 2021

Vivix bantu tingkatkan tenaga.

Vivix atau nama lain tonik ajaib. Ia minuman yang kaya dengan resveratrol dan diyakini bagus untuk kesihatan optimum.


Pengedar Vivix Shaklee Muar


Minuman botani lazat yang mengandungi campuran botani khas Shaklee termasuk ekstrak Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Eldeberi Eropah dan Lobak Ungu.*


Vivix mengandungi resveratrol dan resveratrol adalah antioksidan yang kuat diklasifikasikan sebagai polifenol dan merupakan bahan anti penuaan


Polifenol dikenali sebagai mikronutrien yang dikenali untuk membantu mencegah penyakit seperti penyakit kardiovaskular dan kanser seperti kanser kolon. Polifenol banyak terdapat dalam pelbagai biji dan buah beri, disintesis dalam tumbuhan untuk membantu melindungi daripada bahaya, jangkitan dan penyakit fizikal. Menariknya ia juga berfungsi yang sama ke atas tubuh badan manusia.


Ingin mendapatkan Vivix Shaklee ready stock?  

Boleh mesej saya www.wasap.my/60139993499 /VivixShaklee.

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Monday, April 9, 2018

Pengedar Shaklee Bukit Payong, KUALA TERENGGANU- Set Detox Shaklee

Bila badan kita sering sakit...itu tandanya tubuh kita perlukan proses detoksifikasi. Program detoks ini penting untuk membantu tubuh kita menyah keluar semua bahan yang tak diperlukan oleh tubuh.

Siapa yang perlukan program detoks ini? Antaranya ialah mereka yang nak kurangkan berat badan berlebihan, kulit wajah berminyak atau penuh jerawat, masalah kelumumur yang kritikal, penyakit kulit yang berlarutan dan beberapa lagi yang mengganggu taraf kesihatan kita.

Vivix ready stok di Muar
Set Program Detoks.

Shaklee menyediakan set Detoks yang boleh diambil oleh orang dewasa yang inginkan kesihatan yang otimum.

Mulakan langkah baharu dan dapatkan kelebihan detoksifikasi daripada sistem penghadaman yang sihat, tampilkan kulit yang sihat berseri, tubuh yang mantap dan cantik. Diperbuat daripada adunan sinergi herba lembut dan nutrien lain, set ini membantu untuk menyokong proses detoksifikasi harian anda secara semula jadi harian.
Mengapa Perlu Detox?
Setiap hari, badan kita terdedah kepada toksin dari persekitaran, pemakanan yang tidak sihat, dan tekanan hidup. Pendedahan yang kerap dan berterusan melemahkan keupayaan semulajadi badan untuk menyingkirkan toksin. Ia menyebabkan berlakunya pengumpulan toksin yang boleh membawa kepada pelbagai penyakit. Oleh itu, amalan detox secara berkala adalah penting untuk kesihatan.

7 Manfaat Detox:
  • Menurunkan Berat Badan
  • Kolon Lebih Sihat
  • Meningkatkan Tenaga
  • Mengawal Nafsu Makan
  • Kulit Lebih Cantik
  • Menguatkan Sistem Imun
  • Tidur Lebih Lena

Nak order set Detox Shaklee ; www.wasap.my/60139993499/Detoxshaklee

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.