Showing posts with label Cinch Chocolate. Show all posts
Showing posts with label Cinch Chocolate. Show all posts

Thursday, April 13, 2023

Tips Kurus Dengan Cepat dan Sihat | Pengedar Shaklee Bukit Payong





Dalam dunia yang bergerak sangat pantas membuatkan ramai yang mahukan result yang cepat dalam apa yang diusahakan. Tidak terlepas dengan impian nak jadi kurus. 

Ada yang sanggup keluar duit buat pembedahan untuk buang lemak, makan ubat tahan lapar selain ada yang ambil pil kurus ditambah macam macam produk yang ada dalam pasaran termasuklah produk timbang kilo. Semua ini adalah semata -mata untuk Kurus dengan Cepat.


Kerana mahukan kesan yang segera, mereka tidak lagi memikirkan kesan jangka panjang yang akan mereka tanggung akibat pengambilan ubat tahan lapar atau ubat kurus.

Pengambilan ubat ini mempunyai kesan jangka panjang dan secara tidak langung boleh membahayakan kesihatan kita.

Hari ini saya nak sharekan TIPS untuk Kurus Dengan Cepat dan Sihat.

1. Kawal Pengambilan Pemakanan.


Ada 3 perkara yang perlu kita ambil tahu bila nak kawal pengambilan makanan. Antaranya pengiraan kalori makanan yang kita ambil, pastikan tidak melebihi jumlah yang disarankan. Jika wanita jumlah kalori yang diperlukan setiap hari jika anda dalam proses untuk mengurangkan berat badan ialah 1500 kalori manakala lelaki tidak melebihi 2000 kalori.


Macam mana pulak kita nak tahu berapa kalori makanan yang kita ambil? Cara paling mudah cuba download aplikasi yang user friendly seperti Calories In Food, My Diet Diary Calorie Counter, My Plate Calorie Tracker dan banyak lagi.




Pemilihan makanan juga sangat penting. Cuba elakkan makanan yang terlalu berminyak, terlalu manis atau masin, dan elakkan makanan yang mengandungi bahan perasa.


Portion makanan juga mainkan peranan penting. Cadangan diet suku-suku separuh sangat digalakkan.

2. Intermittent Fasting 

 Ia merupakan kaedah diet yang sangat popular sekarang. Ia antara tips paling bagus untuk kurus dengan cepat.
Saya pernah menulis tentang Intermittent Fasting sebelum ini. Banyak hasil kajian sains telah menunjukkan keberkesanan diet IF ini. IF juga terbukti dapat mengurangkan tekanan darh tinggi menurut kajian oleh Malinowski et. al (2019).

3. Elakkan makan malam lewa

Nak kurus dengan cepat kena ada disiplin diri. Paling utama kena ada jadual pengambilan makanan yang teratur. Jika perlu dinner, pastikan tidak melebihi jam 9 malam. Ini kerana malam kita kurang aktiviti , pengambilan makanan yang lewat akan mengganggu sistem pencernaan manusia.

4. Senaman 

Walaupun ada orang yang memang sangat sukar bersenam, namun beberapa aktiviti mudah boleh diamalkan seperti turun naik tangga [ elakkan penggunaan lift atau escalator], berjalan kaki [ morning walk], berbasikal, berenang antara aktiviti yang boleh dilakukan secara santai.

Seseorang itu perlu bersenam sekurang-kurangnya 2-3 kali seminggu untuk pastikan metabolisme kita meningkat.

5. Tidur yang cukup

Orang yang tak tidur dengan secukupnya akan mengalami masalah berat badan. Susah nak kurus. Kenapa? Kalau kita tidur lambat, berjaga sampai pukul 3.00 pagi, dijamin kita akan rasa lapar. Bila lapar mulalah nak masuk dapur cari makanan. Bila tak cukup tidur, metabolism kita juga akan berkurangan. Macam mana nak bakar lemak?

6. Supplement Wise

Sebagai seorang yang dah lebih 10 tahun dalam Shaklee, saya akan sarankan beberapa vitamin yang membantu untuk kurus dengan cepat. Set Hello New You adalah antara set yang membantu ramai mendapat berat yang mereka impikan.

Set Hello New You Shaklee




Antara vitamin tersebut adalah Cinch Shakes [ low glisemik index] Lecitin dan Omega sebagai pembakar lemak selain Herb Lax melancarkan proses pembuangan dan membantu meningkatkan sistem pencernaan.

Jom lihat Testimoni 

klik image untuk besarkan gambar





klik image untuk besarkan gambar


Jika anda berminat nak dapatkan vitamin untuk kurus secara langsung dapat grab peluang yang ditawarkan, boleh hubungi saya untuk lebih lanjut.

☎️ 013-999-3499





* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Sunday, April 9, 2023

Berat naik seiring bilangan hari puasa | Shaklee Bukit Payong

Bulan puasa adalah bulan yang ramai mengambil peluang untuk membuat pembersihan usus, pembetulan diet makanan dan bulan untuk mendapatkan kesihatan yang optimum.

Namun sayangnya ada segelintir golongan yang mempunyai masalah yang mencabar apabila mereka berpuasa seperti orang lain namun malangnya berat badan makin bertambah.

Berat makin bertambah akan memberi tekanan kepada lutut kita untuk mengampu tubuh badan kita bergerak.

Ada yang cuba menyalahkan pengambilan vitamin, ini kerana mereka baru amalkan vitamin sejak awal puasa.

Namun adakah kalian tahu mengapa berat badan naik hatta berpuasa selama 13 jam?

Antara kesilapan segelintir golongan ini adalah kerana mereka masih mewajibkan diri berbuka dengan karbohaidrat. Pada mereka, takkan puas jika tak makan nasi dan lauk pauk.

Bukan itu saja, malah golongan ini merasakan penting untuk bersahur dengan nasi untuk pastikan badan bertenaga sepanjang berpuasa.

Tidak cukup dengan itu, mereka menjadikan minuman bergula adalah sumber tenaga badan tapi sayangnya itulah antara punca mengapa berat badan naik seiring dengan bilangan hari berpuasa.

Sebenarnya bukanlah kita tak boleh langsung berbuka atau bersahur dengan nasi, sebenarnya boleh cuma tak perlu la makan dengan sangat banyak sehingga membuatkan badan kita terbeban untuk memprosesnya. 

Berbuka atau bersahur dengan nasi memadai jika kita makan untuk semangkuk kecil sahaja. Ini kerana kita takkan mati jika tak ambil karbohaidrat. kepentingan tubuh kita adalah lebih kepada berapa pengambilan air yang kita ambil untuk meneruskan hari-hari berpuasa esoknya.

Suku Suku Separuh ialah panduan pengambilan hidangan tunggal. Anda hanya perlu “membahagikan” pinggan anda seperti berikut: ¼ pinggan bijirin atau produk bijirin, semestinya bijirin penuh seperti nasi perang atau roti mil penuh. ¼ pinggan ikan atau ayam itik, daging atau telur.

Berat Naik Walau Berpuasa.

Cadangan pengambilan menu suku-suku separuh sangat membantu kita perbaiki diet harian kita. Menjadi cabaran la sedikit untuk mendapatkan menu begini kerana juadah berbuka pasar Ramadhan lebih tertumpu kepada pelbagai jenis minuman berperisa, kuih muih, nasi ayam atau nasi budget dan lauk pauk termasuk ikan bakar.

Cadangan lain untuk mengawal selera makan yang membuak-buak, kami pengedar Shaklee Bukit Payong menyarankan pengambilan , Energy Cinch Tea Mix sebagai minuman yang membantutkan selera manis selain pengambilan Minuman Cinch Shakes yang membantu memberikan rasa kenyang lebih lama.

Berat naik walau berpuasa
Manfaat Cinch Tea Mix Shaklee


Ada 3 jenis minuman yang sesuai diambil terutama semasa sahur. Jom kita lihat comparison dia.


Berat naik walau berpuasa

Setiap minuman kesihatan itu mempunyai kebaikan yang tersendiri. Namun peranan paling utama adalah memberi rasa kenyang yang lama dan kita kekal cergas walau berpuasa.

Jika anda orang yang bijak mengambil peluang, jom dapatkkan vitamin ini bagi mendapatkan berat yang ideal dan kesihatan yang optimum.

Hubungi kami, Pengedar Shaklee Bukit Payong di 013-9993499 atau 


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Tuesday, March 21, 2023

Pengedar Shaklee Bukit Payong : Jom Kurus sebelum raya dengan Set Kurus Shaklee.

Bulan Ramadhan ni pasti ramai ada plan untuk memastikan bulan ini dapat memberi kebaikan dan manfaat sepenuhnya.

Jom kurus sebelum Raya dengan Set Kurus Shaklee.

Bagi yang nak sihat dan nak kurus, bulan ni la kita kena amik peluang sepenuhnya. Namun ada segelintir yang tidak mempunyai perubahan langsung hatta puasa sebulan penuh. Ini biasa untuk mereka yang tidak dapat mengawal selera makan ketika berbuka puasa ditambah lagi jika ada makanan moreh disediakan.

Apakata tahun ni kita cuba kurus dengan Set Kurus Shaklee?

Set Kurus Shaklee dengan nama lain set Hello New You mengandungi 5 jenis nutrisi yang best untuk puasa secara langsung untuk kurus. Wah best kan?

 

Set Kurus Shaklee

Mengapa kena cuba Set Kurus Shaklee?

🧿 Sistem pencernaan berjalan  lebih baik dan mengelakkan masalah sembelit.

🧿 Cergas dan bertenaga sepanjang seharian berpuasa

🧿 Berat badan dapat diturunkan dan dapat berat yang ideal secara langsung meningkatkan keyakinan diri.

 

Apakah supplement yang terdapat dalam Set Kurus Shaklee?

Cinch Shake

Lecithin dan Omega

Herblax

Untuk booster boleh tambah Vivix.

 

Manfaat setiap produk :

Cinch Shakes

Set Kurus Shaklee

 

Omega Guard dan Lecithin

Set Kurus Shaklee

Omega Guard 

🥝 Proses bakar lemak dapat dipercepatkan dan ia membantu meningkatkan kadar metabolik serta  daya sensitif insulin tubuh dapat dipertingkatkan untuk membantu mengawal selia lemak. Menjalani  proses penyulingan molekul proprietari tiga peringkat.

Lecithin

🥝

Emulsi dari sumber semula jadi kacang soya. Selain mempercepatkan proses bakar lemak dalam tubuh , ia juga mencegah pengumpulan lemak dalam organ hati dan membantu menyingkirkan toksin dari hati.

 

Booster - Vivix 

Vivix merupakan cadangan kepada mereka yang mempunyai keinginan mendapatkan berat ideal yang lebih menepati BMI. Ini kerana Vivix adalah supplement yang bertindak sehingga ke DNA tubuh kita.

Ia Mengandungi nutrisi yang kaya dengan polifenol dan resveratrol yang membantu menurunkan berat badan dengan 3 cara iaitu kaya dengan antioksidan.  Bila terdapatnya polifenol dan resveratrol , ia akan membantu melindungi sel badan dari peringkat DNA dan menjaga agar sel tidak mudah rosak. Memandangkan ia bertindak terus dari DNA, maka proses pemecahan lemak dan pengecutan sel lemak akan lebih baik. Bestnya Vivix ni adalah membekalkan tenaga dan metabolisme booster. Polifenol dan Resveraterol meningkatkan penghasilan tenaga di peringkat mitokondria iaitu kilang tenaga sel badan.

 

Bagi yang yang bijak untuk mengambil peluang yang Shaklee sediakan, pembelian set Hello New You ini akan membantu anda mendapatkan kesihatan yang baik, berat yang ideal dan masa depan yang menarik bersama Shaklee. Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut, boleh hubungi saya melalui wasap dibawah.

Set Kurus Shaklee


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Sunday, March 12, 2023

Set Puasa Shaklee sepanjang Ramadhan

Tahun ni tahun ketiga saya menjadikan Set Puasa Shaklee sebagai persediaan Ramadhan. Siapa sangka berkat kakak saya Master Norita memperkenalkan Shaklee 10 tahun  dulu.

Set Ramadhan Shaklee

Saya mula makan Shaklee sejak zaman sekolah lagi bila akak saya bawak balik ke rumah. Dulu badan saya berisi dan mak concern takut saya tak kahwin. Jadi saya disuruh makan lecithin banyak. Sampai sekarang Lecithin menjadi amalan terutama bulan puasa supaya dapat elak sembelit.

Lagi beberapa hari kita nak masuk bulan Ramadhan. Saya tetap kena masak untuk anak-anak lauk sahur. Cuma bahagian sahur untuk saya, sangat mudah dengan Puasa 1-2-3 Set  

Dalam Set Puasa 1-2-3 ada ESP Shaklee, Cinch Chocolate dan Performance Drink Lime. Dulu saya suka Performance Drink Oren. Bila bancuh dengan ESP Shaklee, rasa dia seakan-akan minum vitagen. Cuma tahun ni Shaklee hanya bawak masuk Performance Drink Lime.

Set Ramadhan Shaklee

ESP Shaklee dan Cinch Chocolate ni minuman yang rendah glisemik indeks. Pengambilan setiap 1 scoop dengan campuran air masak 450 akan memberi rasa kenyang yang sangat lama. Serat yang terdapat dalam minuman ini akan membuatkan perut kita selesa dan tidak meragam sepanjang puasa.

Set Ramadhan Shaklee

Rasa cokelat dari perasa Cinch Chocolate amat enak.

Penyelidikan telah menunjukkan bahawa leusina bermanfaat dalam: ✔ Menggalakkan pengeluaran otot.
✔ Menyokong pertumbuhan otot tanpa lemak. ✔ Menyokong pemulihan otot. ✔ Mengurangkan keletihan otot selepas bersenam.
 
Set Ramadhan Shaklee
 

Performance Drink Lime ni unik. 

Tingkatkan prestasi untuk mencapai kemenangan yang diimpikan. Serlahkan prestasi terbaik anda yang kekalkan momentum. Dengan proprietari OPTI-Lyte campuran elektrolit ditambah campuran unik karbohidrat untuk memberikan tenaga segera dan berterusan disamping menyokong penghidratan optimum. Biasa saya minum dengan air sejuk penutup sahur atau jadi minuman pembuka bila selesai berpuasa.
 
Set Ramadhan Shaklee
 
Bulan ni Shaklee pula buat tawaran Puasa 1-2-3 set dengan harga yang sangat tak masuk akal. Berbaloi la sangat untuk dapatkan set ni sebelum mulanya Ramadhan.
 
Andai anda berminat nak dapatkan Set Puasa Shaklee ni boleh wasap saya di SINI

 

Pengedar Shaklee Bukit Payong

EinWellness. 




* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.